Pernah dengar lagu 'Menghitung Hari'? Saya suka juga lagu tu. Lagu zaman-zaman sekolah dulu....Tapi pernahkah anda menghitung hari macam saya? Saya ni dari zaman bangku sekolah sampailah sekarang, asyik lah menghitung hari. Dari segi ni, kes menghitung hari nak balik kampung!
Kalau zaman duduk asrama, baru balik hujung minggu ni, dah kira hari nak balik hujung bulan depannya ;P. Walaupun asrama hanyalah kat KL, Mak pun selalu datang menjenguk dengan juadah yang enak-enak belaka ;). Tetap nak balik rumah juga! Bila dah duduk Penang untuk zaman matrik, kena pula tunggu habis semester lah baru nak balik. Masa tu semester 4-5 bulan, jadi masa tulah boleh lepas rindu pada keluarga dan kucing-kucing tersayang. Oh yelah, zaman matrik belum berpacaran lagi ;). Jadi takdelah rindu kat buah hati ;P. Rindu nak 'girls-talk-all-night-long' dengan adik beradik perempuan. Yelah keluarga saya di dominasi oleh kaum hawa. Ada aje ceritanya bila kami kumpul sama-sama. Memang 'happening' lah!!
Raya 2005 tapi kakak sulung dan adik bongsu tiada dalam gambar ;). Ni zaman muda remaja youuu.....
Tom yang 'Gay' ;P
Yoda yang nakal ;)
Tom yang 'Gay' ;P
Lepas zaman matrik, masuk zaman universiti. Masa itu pun masih dok kira hari bila lah nak balik kampong...dahlah pulak buah hati jauh tertinggal kat Penang (bukan org Penang ye tapi sangkut pulak kat USM), kita ni tercampak di Sabah pulak. 6 bulan sekali barulah boleh balik Semenanjung jumpa keluarga tersayang, buah hati dan anak-anak kucing sekalian ;). Zaman tu Airasia belum ada lagi, dah sekitar hujung2 nak habis belajar baru wujud Airasia. Nak balik Semenanjung aje, kalau takde Rm800++, lepas diskaun 'student card' naik MAS, tak adalah mimpi nak jejak KLIA ;). Bukan macam sekarang ni, macam-macam promosi diskaun tambang murah ada. Masa tu nak balik kampung, dalam kapal terbang rasa bontot (opss...) pun panas...takleh dok diam dah...rasa nak terjun kapal terbang je...yelah lagi2 nak jumpa buah hati kan?
Trip jumpa buah hati ke Penang ;)
Apepun, ingatkan dah habis belajar 'degree', dah boleh lah 'settle down' kan? Manalah tahu kena pulak campak ke bumi Belanda lagi. Jadi kes 'menghitung hari' ini pun belum berkesudahan rupanyaa...lebih dramatik! Lebih hebat lagi buah hati dah jadi encik suami sekarang...jadinya PJJ lah ;)
Encik suami kerja di Amsterdam 2 bulan sebelum saya jejak ke bumi Belanda
Dah 9 tahun lebih PJJ, dan 1 tahun 5 bulan++ berumah tangga (skemanya!). Kalau kira hari dan bulan, 6 bulan++ bersama dari 1 tahun 5 bulan tu...tak sampai 50% pun. Jadinya marilah 'menghitung hari' lagi....Tak tahulah sampai bila sebab suami saya ni kerjanya berkelana. Saya pun tak tahu sampai bila tapi itulah punca mata pencarian dia.
Beraya di Malaga Spain
Bumi Perancis
Tak lama dah, 3 hari aje lagi nak 'Berdua lebih baik' dan berjimba-jimba bersama keluarga tersayang. Juga, untuk meraikan majlis perkahwinan kakak tersayang. Walaupun untuk 10 hari di Malaysia bertemu suami dan keluarga tersayang, saya tetap bersyukur ;).
Alhamdullilah...InsyaAllah kali ini saya akan dapat bergambar bersama dan tidak lagi terlepas majlis kerian keluarga ;)
Tunggu saya menjejaki Malaysia di hari berkat, Jumaat ;)








4 comments:
ko mmg kan dila...asyik PJJ aja...kalo pk jnuh nak mghitung tmpt mana ko pg..tp tu la..dulu ko juga yang nak sgt dok jauh2, nak bjalan tgok tmpt org...hihih....
takpela..nnti nak blik dah kan...mudah2an tak bjauhan lgi..smpi msia hello aku..aku bslin aku bleh msg ko...okes???
lupa nak komen..ada lg si yoda tuh???aku ingt dah tkde...
3days to go....konpem hari2 tgk beg...haha..kalu aku pon, bwk beg tido skali, peluk2 mcm bantal..heheheee..excited kan? tp syg weekend ni aku tade pulak...huhu..nnt roger2 eh, bila ada masa
Qay, dah nasib PJJ utk 9 thn..nak buat mcm mana kan? Ape2 buzz aku kalau bersalin ok!
Yoda masih hidup, pjg umur dia dh 4thn lebih...alhamdullilah ;)
Hasni, kali ni belom pack lg la..asikla busy..tp confirm aku xbwk byk brg sgt ;P
Itulah xbest tak jumpa ko..kalau free buzz lah ok ;)
Post a Comment