Pages

Wednesday, February 22, 2012

Rezeki Anak...

Ada orang cakap, anak ni bawak rezeki. Allah juga menjanjikan setiap anak yang lahir, pasti ada rezekinya. Betullah….Alhamdullilah, sentiasa berdoa dimurahkan rezeki untuk keluarga kecil kami yang baru mula menjalani hidup terutama untuk si kecil yang kini usia hampir 24  minggu.


Kini hampir 2 bulan lebih menetap di bumi Sweden. Suami pula baru sahaja berkorban dengan berhenti kerja di Malaysia untuk hidup bersama di bumi yang masih asing ni. Bukan senang nak dapat suami yang memahami dan sanggup berhenti kerja semata-mata untuk mengikut cita-cita isteri. Namun, berkat kesabaran, rezeki encik suami akhirnya tiba jua.

Kalau diikutkan secara rasmi, hampir sebulan encik suami menganggur. Kalau ikut secara tak rasmi, 6 bulan tak pi offshore job sebab bercuti dengan gaji. Encik suami baru habis notice period akhir bulan Jan lepas. Syukur, minggu ini memang minggu rezeki untuk encik suami. 2 hari lepas, dapat offer job freelance untuk 8 bulan contract. Naik job 4 kali, off 4 kali. Job sebulan sekali naik kapal. Lokasi pulak, dekat area UK dan Norway. Alhamdullilah, dekat pun dekat dengan Sweden. Mak buyung tak lah risau.

Hari ini pula, rezeki datang bertandang lagi. Encik suami dapat job offer ke Angola. Mula awal March ni, freelance job juga untuk 2-3 minggu. Yang pasti memang fit dengan jadual encik suami yang dah sign contract untuk job 8 bulan bermula pertengahan April nanti hingga ke akhir tahun.

Walaupun tahu mak buyung ni nanti kena tinggal 2-3 minggu ke sebulan, tapi hati tetap bersyukur sebab suami pergi cari rezeki dan yang pasti, tak lah selama 4-5 bulan macam dulu-dulu.

Syukur Ya Allah atas rezeki yang  dikurniakan…. Wahai baby, insyaAllah we will survive with only two of us. We have each other okay ;). Ayah pergi kerja kejap je, ibu will take care of you and baby also behave well ok.

Alhamdullilah…..sujud syukur…

6 comments:

MsNiniE said...

alhamdulillah...rezeki anak!
sebak baca..semoga dipermudahkan segala urusan...

i am happy for u...

achik said...

Alhamdulillah.. :)

Hisiq said...

Alhamdullilah...terima kasih cik ninie & cik balkhis ;)

Mudahan semua berjalan lancar...amin..

nicky said...

alhamdulillah. baru bace blog kamu wahai mak buyung, makanya saya baru tau kewujudan si kecil tu. he3.

Happy for u. jaga diri baik2 :)

Hisiq said...

Alhamdullilah....makasih Nik ;)

TQ for dropping by too!

Nanti baby jumpa auntie kat msia okeh ;)

Zaihah said...

hehehhehe..ckp terharu kan ble hubby sanggup berkorban..same goes to us..zeno dah hampir 2thn menganggur, byk dah mencuba tp blom ader rezeki..for now, dia jd full time house husband skali ngan jaga Rayyan, but I'm ok with that sbb anak dijaga dgn tip-top..tak perlu risau ngan karenah nursery or baby sitter..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...