Pejam celik pejam celik, Luqman dah pun sebulan. Alahai...rasa cepatnya masa berlalu. Rasa baru je lahirkan Luqman, teringat perasaan kekok pegang bayi yang masih kecil dan seakan tak percaya kehadiran si kecil ni di depan mata selepas lebih 9 bulan dalam kandungan. Macam masih baru tapi yang pasti baby memang cepat membesar. Terasa rindu usap perut yang dulu membesar. Yang pasti, Luqman sudah lahir dan membesar bagaikan johan ;)
Saya dah masuk 1 bulan Ibu!
Berat Luqman naik tiap-tiap minggu sejak lahir. Alhamdullilah ada rezeki Luqman dapat membesar dengan susu Ibu. Hari ke-27, berat Luqman naik sebanyak 1.145kg, purata 300g setiap minggu :). Ibu memang happy! Berat hari ke-27 (masa check up minggu ke-4), berat Luqman dah menjangkau 3.77kg. Panjang pun meningkat dari 48cm ke 52cm. Berat Luqman turun beberapa hari selepas lahir dan terus naik macam roket hampir setiap minggu. Syukur walaupun agak susah untuk susukan Luqman pada awalnya terutama minggu pertama. Mulut Luqman masih kecil dan belum pandai menghisap. Ibu pun belum dapat keluarkan susu yang banyak masa tu tak termasuk sakit untuk menyusu sebab Luqman belum pandai hisap dengan cara yang betul.Tapi Alhamdullilah selepas seminggu, Luqman dah mula biasa, Ibu pun dan mula selesa.
Carta berat Luqman bulan pertama
So far Luqman sihat, Alhamdullilah ...cuma Luqman susah sikit nak 'Burp' lepas susu. Ibu dah gelar Luqman 'Mat Kentut'! Hahaha... Tak boleh keluar angin kat atas, keluar ikut bawah la...janji angin keluar Luqman ye :). Kentut kalah org besar! Jgn terkejut klau dengar nanti :p. Nurse kata okay kalau tak burp asal kentut. Kentut memang tak terkira banyaknya. Burp je yang susah. Setakat ni, boleh kira berapa kali Ibu berjaya buat Luqman burp. Yang lain tu, Ayah je yang uruskan.
1 month 'young'. Feveret shot Ibu!
Luqman dah pandai ape? Kalau Ayah jawab : Dah pandai buat Ayah Ibu tak tidor malam ;). Standardlah kan baby bangun setiap 2 jam nak susu atau tukar diaper. Kadang2 angin baik, luqman minum susu banyak dan tidor lama dekat 3-4jam. Ada sekali, angin Luqman baik tido 4 jam straight :). Dapat ibu lena panjang skit. Selain itu, tak padan dengan keciknya Luqman dah angkat kepala especially bila buat 'Tummy Time' dengan Ayah. ibu pernah kira, 10 kali Luqman angkat kepala bila buat tummy time. Kalau time burp pun kepala dah tak payah pegang, bukan main suka free kepala tu dok tegak :). Hari ke-33, bila Nenek dukung dia kepala dah tegak sendiri taknak sandar dah...
Kepala Luqman dah kuat. Dah boleh angkat dah dia masa buat tummy time :)
2/3 hari lepas Luqman dah pandai golek sendiri mengiring ke kanan dan ke kiri. Selalu Ibu atau Ayah kena letakkan posisi mengiring dan tukar posisi kanan ke kiri. Nanti asik ngiring sebelah je, habis penyek cuping telinga Luqman. Kali ini Luqman sendiri golek2 dan mengiring. Kelmarin pulak, pagi2 lepas susu sebelah Ibu, terus Luqman meniarap sendiri!! Wahhh terkejut Ibu Luqman dah pandai meniarap sendiri masuk umur sebulan! Walaupun tangan tersepit tapi satu pencapaian lah jugak ;) Bak kata Mama Tok & Nenek, Luqman ni semua nak cepat! Keluar dari perut pun tak sabar2 dah tak sampai 1/2 jam Ibu meneran :)
Seminggu
2 minggu
3 minggu
4 minggu
Ibu pun ada catat milestone Luqman dalam website babycenter.com. Saja nak catat apa yang Ibu ingat tentang perkembangan hidup Luqman supaya ada memori bila nak ingat balik. So far ni lah pencapaian Luqman dalam sebulan. Ibu mana tak bangga kalau anaknya achieve dari satu ke satu perkembangan sihat bayi. Luqman dah boleh angkat kepala during Tummy time walaupun baby umur 2 bulan yang sepatutnya boleh buat. Dan Luqman dah boleh lihat objek ke kiri dan ke kanan bila Ibu letak toy depan mata Luqman. Ibu dan Ayah happy dengan perkembangan Luqman.
Milestone Luqman bulan pertama
Selain itu, pencapaian lain; Luqman dah pun dapat passport antarabangsa masa umur 26 hari. Belum pun sebulan dah ada passport sendiri ;). Ini kes tak sabar nak balik Malaysia lah! Sekarang cuma tunggu nak buat permit je lagi sebelum boleh balik Malaysia.
Tak sampai sebulan umur, si kecik ni dah ada passport. Jauh Ayah buat passport Luqman sampai ke London ;)
Masa amik gambar untuk Swedish resident permit.
Alhamdullilah...moga Luqman membesar dengan sihat dan kuat :). Minggu depan masuk 6 minggu Luqman akan dapat vaccination pertama.
Apepun, doakan Luqman menjadi anak yang sihat, cerdas, bijak dan soleh...amin...











3 comments:
Alhamdulillah, happy that mommy n baby are doing great. Take care.
alhamdulillah.. tahniah!~
salam kenal.. selame hari ni jadi SR.. tapi tgk baby luqman.. rase nak komen pulak.. selamat menjadi ibu!~
Dah selamat besalin rupanya. tahniaahhh!! Soriii lama akak tak jenguk sini. Baby pun dah besarrr. Take care mommy & baby :-)
Post a Comment