Syukur....syukur..Ya Allah. Tiada lain yang dapat diucap selain rasa syukur segalanya dipermudahkan. Setelah mengharungi 6 minggu sendiri dan sarat mengandung, suami tersayang akhirnya pulang ke pangkuan. Seminggu selepas itu, Mak dan Mama akhirnya sampai di bumi Sweden. Setelah puas menyendiri, hati kini berbunga bahagia ditemani yang tersayang yang akan menyambut kehadiran insan baru dalam hidup kami.
Hari pertama kelahiran
Kini seminggu berlalu. Tanggal 2 Jun 2012, hari Sabtu di Lund University Hospital, Sweden tepat jam 5.23 pagi telah mencatatkan satu detik bersejarah dalam hidup kami suami isteri dan juga keluarga. Akhirnya 'little hisiq' lahir ke dunia setelah berada dalam kandungan selama 38 minggu 2 hari. Alhamdullilah, lahirnya penyeri hidup kami dalam keadaan sihat, dan sempurna sifatnya. Syukur tidak terkata. Tiada yang dapat digambarkan perasaan ketika itu. Tidak terungkap rasa terharu akhirnya si kecil ini selamat dilahirkan. Kandungan yang diusap setiap hari kini tiada. Rasa rindu juga mengendong perut ke sana ke mari.
Tepat seminggu sebelum bersalin (26 May 2012) @ 37 minggu 2 hari.
Segalanya berlaku terlalu pantas. 1 Jun, hari Jumaat sememangnya hari terakhir bekerja iaitu genap kandungan 38 minggu. Baru bercadang nak bawa Mak & Mama yang baru 3 hari tiba di bumi Sweden berjalan-jalan sekitar bandar2 terdekat. Hajat tak kesampaian bila Jumaat malam itu juga sekitar jalan 11-12 malam buat kali pertamanya mengenali apa itu contraction. The first ever real contraction.
Mak & Mama selepas temankan ke ultrasound appoinment. Sehari sebelum bersalin.
Sememangnya saya tak pernah tahu macam mana rasanya contraction. Setengah ibu-ibu mengandung sudah dapat merasai beberapa minggu sebelum due date. Yang pernah saya rasa hanya keras di perut tapi tidak sakit. Pernah saya bertanya macam mana rasa contraction ketika di antenatal class. Juga sewaktu makan malam berborak dengan Mak & Mama tentang contraction yang belum diketahui bagaimana rasanya. Tidak disangka selepas makan malam hari Jumaat tu, sudah terasa sakit di pinggang, agak sakit. Lepas makan malam, terus berehat dan tidur sementara tunggu waktu isyak. Jam 11 lebih malam rasa perut agak sakit hingga terpaksa solat duduk. Masih belum terfikir yang akan tiba waktunya. Ingatkan cuma sakit perut biasa. Selepas isyak cuba untuk tidur tetapi contraction sudah mula dan semakin kuat. Sakit tidak terkata dan sememangnya inilah dia rupanya rasa contraction sebenar. Dari contraction yang pendek hingga semakin kerap dan lama. Terus suruh encik suami rekodkan time contraction samada masih dalam latent phase atau sudah masuk active phase. Kalau masuk active phase sudah boleh call hospital untuk bersalin. Sempat encik suami selak nota dari kelas antenatal untuk kepastian.
Day 2 - Luqman pakai baju Ibu beli sebelum MSc graduation 2011.
Malam tu memang kami berdua tak dapat tidur lena. Dari jam 11-12 malam hingga ke 4 pagi, contraction silih berganti bersulam sedikit lelap. Bermula contraction beberapa saat hingga contraction panjang ke beberapa minit. Akhirnya dalam sekitar jam 4.30 pagi, air ketuban pecah diiringi sakit yang tidak terungkap. Rasa sakit yang hampir separuh sedar. Mak & Mama waktu itu sudah bangun subuh. Encik suami pantas menelefon teksi yang sungguh pantas tiba dalam masa 5 minit. Pihak hospital sudah maklum. Memang kena papah keluar untuk ke teksi. Dengan keadaan separuh sedar dalam sakit yang tak tertahan sempat mengerang sakit dan mengeluh "Cepatlahh....". Rasa macam tak boleh berjalan disebabkan satu tekanan besar di bawah perut. Rasa macam kaki terseret sambil badan 100% bergantung tenaga pada encik suami. Turun lif akhirnya selamat masuk ke teksi. Tak sampai 5 minit sampai ke hospital.
Di pintu hospital yang selalunya automatik, pintu tidak terbuka sebab jam baru hampir ke pukul 5 pagi. Setelah menekan interkom, baru pintu terbuka dan nurse meluru dengan kerusi roda. nasib bilik delivery tidak jauh. Terus di angkat ke katil. Midwife segera check keadaan baby dengan ultrasound yang terlilit diperut. Sakit sudah tidak terkira. Saya mengerang sambil menolak seluar tidur ke bawah dan berkata : "He is coming out!!". Sememangnya midwife terkejut kerana kepala baby sudah kelihatan. Memang dari pintu rumah dan pintu hospital dah terasa sesuatu desperately nak keluar.
Day 4 - Suka tidur mengiring
Terus midwife kedua datang dan bergegas untuk menyambut kelahiran baby. Encik suami sempat confirmkan yang kepala baby dah nampak kelihatan. Mak dan Mama yang juga dibenarkan berada di dalam bilik bersalin masing2 teruja serta bertanya beberapa kali seakan tidak percaya dibenarkan untuk menyaksikan kelahiran cucu mereka. Sempat menjeling jam di dinding yang beberapa minit lagi ke pukul 5 pagi. Midwife terus bersedia untuk menyambut baby yang sudah tidak sabar untuk keluar. Sejurus selepas terasa contraction, midwife suruh push. Push kali pertama kepala sudah mula keluar. Contraction seterusnya, memang terasa ada satu tekanan mula keluar yang agak kuat. Kepala baby dah keluar separuh untuk push kedua. Push kali ketiga dan terakhir, yang berlaku sepantas kilat....maka keluarlah satu tekanan besar yang seperti tidak sabar mahu keluar. Terasa lega....
Alhamdullilah...tepat jam 5.23 pagi, maka lahirlah bayi yang dikandung selama 38 minggu 2 hari ini. Dengan proses bersalin yang mengambil hanya ~ 20 - 25 minit, terasa semuanya berlaku terlalu pantas. Sepantasnya bayi ini lahir seperti ditarik keluar selepas meneran kali ketiga. Tanpa ubat tahan sakit, laughing gas atau epidural. Syukur Allah permudahkan urusan bersalin. Sakit memang sakit tapi dalam beberapa jam dari mula contraction dalam lebih kurang 4-5 jam (11-12 malam ke jam 4 pagi sebelum pecah air ketuban) ke ~ 25 minit proses bersalin, terasa seperti berada dalam separuh sedar. Seperti diberi ubat penenang dan tahan sakit. Alhamdullilah, mungkin inilah mujarabnya ayat-ayat suci Al-quran yang sering diperkatakan terutama Surah Maryam yang dikatakan dapat memudahkan kelahiran. Walaupun tak sempat mengkhatamkan Al-quran yang masih ada 2 juzuk lagi sebelum bersalin, insyaAllah selepas habis nifas, hajat untuk khatamkan 30 juz akan diteruskan untuk insan baru dalam hidup kami, LUQMANUL HAKIM BIN MOHAMAD IQBAL.
Sejurus selepas lahir, Luqman diletakkan di dada. Luqman kecil dan sejuk. Matanya sudah terbuka beberapa minit selepas kelahiran. Terdengar sedikit tangisan. Terharu dan tersenyum melihat Luqman di dada. Luqman mula mencari susu. Pertama kali menyusukan Luqman terasa satu perasaan halus meresap masuk dalam diri. Kini saya seorang Ibu. Encik suami mengazan dan iqamat di telinga Luqman. Terasa sungguh bahagia. Kini encik suami bergelar Ayah. Syukur Alhamdullilah.....tiada lain yang dapat diucap atas nikmat yang Allah kurniakan. Bersama suami, Mak dan Mama berada disisi menyambut kehadiran Luqman...
Kini sudah seminggu Luqman menghiasi hidup kami. Luqman anak yang baik dan tak banyak kerenah. Alhamdullilah...semoga Luqmanul Hakim menjadi anak yang soleh, taat perintah Allah dan ayah ibu, mempunyai akhlak yang terpuji dan dikurniakan akal fikiran yang bijaksana. Sebijak namanya....Amin...
Day 5 - Sleepyhead

Day 6 - Bonding time with Ayah

5 comments:
baca cita org bersalin, hish ngeri tringt2 ms aku bslin dulu...huhu..trasa mcm xmau dah kan...but once kluaq, rs nk lg pgg bby kcil tu..kikik
congrats!
have been your silent reader for quite sometimes & reading the progress of your pregnancy:)
tahniah ya! he is a real cutie & nama pun sedap:)
alhamdulillah..tahniah..
moga luqmanul hakim membesar dengan sihat
tahniah
congrats dear..
cute = Luqmanul Hakim = seindah namanya ;-)
Post a Comment