Pages

Saturday, February 11, 2012

Cerita Ceriti Ibu Hamil

Hehehe...rasanya tak pernah lagi announce pasal kehadiran si comel yang bakal memeriahkan keluarga kecik kami yang selalu 'berdua lebih baik' ni. Dah lebih half way pun perjalanannya. Masuk 22 minggu. Ye, saya pregnant! 

Encik suami tak suka saya terlebih excited. Kat FB pun saya tak announce cuma akhirnya leak juga bila adik beradik sembang2 dalam comment. Plus ada comment kat kawan pasal pregnancy dia yang sebaya dengan saya. Akhirnya ada juga yang dah tahu sikit2. Sapalah yang tak gembira nak dapat cahaya mata betul tak? Tapi betul lah kata encik suami, rasa tak sedap nak over-revealing pasal pregnancy. Macam2 boleh jadi...Terutama trimester pertama. 

Cerita pasal trimester pertama, saya memang dikurniakan sejarah keluarga yang tak mengalami alahan morning sickness, alhamdullilah syukur...Kalau diikutkan, selera makan bertambah ketika bulan pertama, kebetulan memang baby 'made in Malaysia' pun...balik untuk Aidilfitri 2011. Jadi faham-faham jelah gaya makan macam mana ;).

Simptom2 yang dialami adalah juga macam; berangin tak boleh minum sejuk2 dan makan yang sejuk2 kalau tak malam perut bloated, ngantuk yang teramat sangat di siang hari, dan heartburn (pernah bangun malam makan sebab pedih perut). Bau terlalu kuat pun tak boleh. Kalau orang mengandung selalu tak larat masak, saya lebih suka masak ikut selera tekak saya nak makan dan bila sendri masak, tak bau sangat compare orang lain masak. Mak cakap saya pelik skit....eheheh. Mengidam? Hmmm.....macam2 nak makan you! Gagahlah buat sendiri Sate dan Bakso. Ape nak buat, sape suruh mengandung kat luar negara...



Balik ke Holland lepas cuti raya, masuk 3-4 minggu, dah rasa-rasa macam ada potensi untuk pregnant. Maka, saya dan encik suami belilah pregancy test. Test punya test, sekali negatif...saya test beberapa hari sebelum Master Graduation saya, manalah tau ada khabar lebih gembira ;). Sedikit hampa tapi takpa belum rezeki agaknya. Yang bestnya, akak ni first time guna pregnancy test, pulak tu instruction dalam bahasa dutch. Dah pi celup preganacy test tu memang padanlah tak dapat result positif kak oi! ( Tak faham akak tak dapek tolong lah eh )... Bijak.....bijak....yelah kata 1st time ;P


Lepas tu, beli sekali lagi pregnancy test, sekali positif daaa....tak puas hati, beli lagi 2. Positif jugak....okay puas hati sikit. Alhamdullilah....rasa yakin. Jumpa doktor nak sahkan. Tapi doktor kat Belanda ni pepaham jelah...bukan cek pun, dia kire2 dari last period then bagitau dah 6 minggu. Macam tak yakin dengan pengiraan tu, sebab terlebih dari waktu encik suami balik dari laut (masa tu baru sebulan dia start cuti)....so tunggu ultrasound check-up nanti. 

Memang sah, scan kali pertama sepatutnya 10 minggu kalau ikut cakap doktor, tapi lepas scan baby baru 8 minggu. Masa tu, baby masih kecil, tak clear sangat tapi sudah nampak kejadiannya.

Pertama kali scan - 8 minggu. Pengalaman pertama melihat si kecil wujud memang mengharukan....


 Scan kali kedua - 10 minggu

Kali kedua scan lebih kurang 2 minggu lepas first scan. Midwife nak check lagi sebab masa tu memang dah nak pindah dari Holland ke Sweden. Jadi midwife yang sangat excited ni, nak buat full check up. Sangat best Treatment midwife ni sebab diorang sangat lah teliti. 

Scan ketiga- 16 minggu

Scan kali ke -3 pertama kalinya buat kat Sweden. Memang nampak lebih jelas, nampak tulang belakang, pergerakan kaki dan tangan, bahagian kepala dah sempurna terbentuk dan muka pun dah jelas nampak. Midwife di Sweden pun agak teliti, ada sejam jugaklah scan. Semua dia cek dan measure. Cuma rasa sedikit kasar/sakit masa kena tekan perut sebab baby asik nak tutup muka dengan tangan. Midwife nak check muka, mata, hidung dan mulut. Alhamdullilah....baby semakin membesar dan sihat. 

Scan kali-4 buat kat Malaysia. Hah....amik merata ibu scan awak baby. Dari Holland ke Sweden ke Malaysia. Minggu ke 19 memang dah ade appoinment kat Sweden untuk scan lagi tapi sebab kena balik urfent family matters, makanya, scan saja di Malaysia. Kat Malaysia lagi senang, tak perlu 2-3 minggu in advance buat appointment, harini jumpa je personal doktor family terus leh scan. Dr. Mary, doktor kami satu family....kalau sakit memang kami jumpa dia. Dah 6 tahun servis sejak klinik dia dibuka dekat dengan rumah kami. Progress baby baik, sangat aktif sampai Dr. Mary tak sempat nak snap shot gambar baby masa scan. Dr. Mary sgt excited bila dengar saya pregnant, yelah dah lama kenal, bila dengar dari Mak saya tentang saya pregnant terus mesej di FB! Alhamdullilah, ada rezeki baby saya menjejakkan kaki ke Malaysia dan berjumpa semua yang excited dengan mummy&baby ni. Yang penting ibu dapat makan segala2 yang di idam-idamkan....

Gambar ultrasound baby minggu 19 dari Dr. Mary's clinic belum sempat masuk scanner. Nanti update lagi. Balik ke Sweden, midwife siap hantar surat sebab tak dapat call untuk appoinment. No hp sweden off masa kat Malaysia. Midwife tak sabar nak jumpa untuk next check up progress. Sebab sibuk dengan pindah ke rumah baru, ingat nak call balik nanti. Alih-alih, midwife call dulu dan terus set appoinment....Efisyennya diorang ni. Plus dia memang sangat2 friendly ;)

Setakat ni, pengalaman mengandung memang sangat indah. Sakit belakang, lenguh, mengah tu memang ada tapi pengalaman membawa insan kecil ini ke mana saja termasuk berbasikal dikala sejuk beku ketika ini tak terungkap dengan kata. Semoga baby sihat dan membesar dengan baik. Doakan ibu dan baby sihat dan selamat hendaknya, amin.....




6 comments:

Ayu said...

Tahniah Kak Dila! Tumpang happy for you. Ayu doakan semuanya selamat, ibu & baby dua2 sihat hendaknya. Take care k. :)

MsNiniE said...

Dila,happy for you.jaga diri baik2. aku tggu baby blk msia eh

;)

Imran@Copenhagen said...

Tahniah! Semoga ibu dan baby sentiasa sihat sentiasa.

Mother of Two said...

tahniah!! kalau rindu masakan malaysia kena rajin masakler nmpknya..

achik said...

wahhhhh, tahniah2.. take care dila.. kayuh basikal hati2 ek.. :)

Hisiq said...

Ayu- terima kasih! InsyaAllah ;)

Hasni - kamu sudah wish ;).Tunggu baby jumpa auntie Ninie!

Imran@Copenhagen - terima kasih. Mudahan2 amin...

Mother of Two- thanks! betul...kenalah rajin masak sendri nampak...

Balkish - makasih, insyaAllah doakan seme selamat ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...