Orang kata, lebih banyak orang kita berjumpa, lebih banyak ragam kita kenali. Memang betul pun, setakat pengalaman hidup selama hampir 3 dekad ni, berpeluang mengenal hidup dari kampong ke bandar besar, dari bandar besar ke seberang laut seterusnya ke luar negara. Pelbagai lapisan masyarakat tak kira agama, bangsa, warna kulit dan budaya.
Dalam banyak2 pengalaman hidup berjumpa orang, dapat berjumpa orang yang baik memang satu rezeki. Tak kisah dari zaman hingusan tadika ke zaman bekerja. Orang yang kita boleh buat kawan, kata Mak saya. Selalu ingat pesan Mak, cari kawan yang elok2. Ada tak ibu-ibu anda sekelian pernah berpesan macam tu? Cuba define sikit apa yang anda faham bab elok2/baik2 dalam mencari kawan?
Bila kita berjumpa orang yang baru dikenali, kita berkenalan. Dari perkenalan kita jalin persahatan. Tapi tak semua perhubungan boleh terus menjadi erat. Ianya perlukan masa, keikhlasan dan persefahaman 2 pihak. Kita dari kecil dah tahu apa, macam mana dan siapa boleh jadi kawan atau tak…sebab kita ada perasaan dan instinct. Sekali berjumpa kadang2 boleh terus klik, kadang 2-3 kali baru boleh ngam dan ada yang lepas beberapa kali memang langsung tak boleh blah. Itu memang lumrah…
Pengalaman sendiri dah biasa jumpa orang yang taknak kawan dengan pelbagai sebab sejak kecil sampailah sekarang nih. Maybe orang kata, you can just tell, tak payah belajar tinggi2 untuk tahu…faham2 sudah. Dulu masa kecik2, maybe taklah faham sangat orang ni kawan ikhlas ke..sebab dah dalam genetic memang selalu baik hati, selalu anggap seme orang baik2, selalu bagi peluang kat orang untuk berubah dan suka tolong orang. Kadang2 sampai tak nampak pun yang kawan2 tu nak berkawan sebab ikhlas, alih2 cuma amik kesempatan. Yelah, masa zaman sekolah manalah lawa, dahlah comot, sememeh, gelap dek berjemur sukan, manalah geng budak2 lawa nak approve masuk group. Ala macam kita selalu tengok citer2 omputih dalam TV, kat sekolah yang lawa2/hensem2 selalu jadi popular kat sekolah. Tak kelas nak geng dengan yang kampong dan takde personality. Ini kes benar ye adik2….ala zaman hingusan saya pun tak amik pusing.
Sekarang ni, adalah beberapa kes lain seperti ni jadi. Zaman sekolah sampai Uni kalau tak jumpa set2 geng yang nak kawan hak2 yang lawa, jumpa plak yang kaki amik kesempatan dari segi duit atau material lain2. Memang macam2…contoh hak dia hak dia, hak kita hak dia juge….Ade gak macam ni. Biasalah dah duduk kongsi2 rumah/asrama/kolej kan. Takpun juga plak yang langsung taknak bercakap, sombong habis tapi bila nampak kita ada kelebihan tak kisah dari segi kewangan dan pelajaran…haa tu dia datang dengan senyum lebar.
Itulah macam2 ragam orang. Macam ketinggalan zaman je perangai. Tapi bukan kat Malaysia je, kat mana2 pun ada kes macam ni cuma lain lah sikit. Nak pendekkan cerita, kalau kat luar negara ni kes macam ni pun ada berlaku cuma kadang2 ada terasa skit2 macam racist atau diskriminasi. Terasa jer…betul ke tak Waullahu’alam…
Kisahnya adalah sorang mamat omputih bukan orang Sweden, dari start mula kenal agak dingin je. Ingatkan dia memang jenis pendiam tak banyak cakap tapi asal kumpul ramai2 suara dia yang paling celoteh sekali. Biasa native English speaker, bila cakap pun laju jer lah berbanding orang lain…so dia yang paling banyak cakap/cerita. Tapi bila berdua dengan dia, langsung taknak cakap. Pernahlah tanya 2-3 hal pasal nak settle down kat Sweden ni, okaylah dia ada lah jawab. Lama2 bila sembang kosong sambil coffee break duduk sebelah pun taknak bercakap. Bila tanya sepatah dia jawab sepatah. Yelah kalau dah seme orang local dok cerita dalam Swedish, yang kita berdua ni je tak reti, kita cakap lah English. Bila tanya macam takde mood nak cakap. Pernah sekali jawab bila tanya pasal mcm mana belajar bahasa Sweden leh catch up ke..leh jawab, tengah busy fikir hal meeting lepas lunch then terus senyap. Tak kisah lah kalau betul tapi cara macam tak kena, masa tu dah rasa ade yang tak kena. Kali kedua, arini time lunch hour, makan lewat sikit. Masa tu semua orang dah habis makan tapi tengah borak2 lagi. Baru je hidang makanan yang baru dipanaskan, dia datang bawak makanan baru dibeli, tapi duduk kat meja sebelah walhal meja tu cuma ada 4 orang, sah2 dia leh join sekali. Kawan sorang ajak join tapi dia bagi alasan tak sehat. Hmmm….sekalipun awak taknak bercakap sangat dalam group tu, awak makanlah senyap2 satu meja sama2, org faham asalkan taklah nampak weird duduk sorang2 kat meja sebelah. Takpelah….akak ni macam dah faham ke perasan dan perasaan je. Sebab akak dok baru start makan, seme orang dah habis kejap lagi sure masing2 chow masuk ofis balik, so tinggal berdua jelah nanti. Akak tak kisah, tapi ada rasa itulah penyebab dia taknak duduk semeja. Akak buat muka selamba jer…lepas seme orang blah, malas dah nak create conversation ke…nak tegur ke…hang nak wat hal sendiri, no problem, aku takde masalah pun…
Memang sedikit geram…terkilan pun ada. Tapi biasalah, ragam manusia. Tak kisahlah kalau taknak berkawan, cuma satu je sejak belajar dari pengalaman. Dulu, selalu dok maaf je orang yang pernah duk sakitkan hati, amik kesempatan dengan harapan depa ni akan berubah. Dah kena batang hidung berkali2…Susah dah akak ni nak bagi peluang banyak kali. Few times bagi chance, lepas ni sorry morry naik lorry okeh!
La ni, bolayan jer aku bagi. Yang set2 takleh pakai memang cut off jer. Senang citer cold treatment jer. Anggap macam tak wujud. Kalau jumpa tepi jalan, tengah susah, insyaAllah aku takdelah kejam sangat. Kalau terhegeh2 minta favor/tolong, ikut keadaan lah…tapi selalu diorg ni memang set2 tak tau malu pun kadang2. So buat bodoh je.
Cuma satu pesanan penaja: Kalau taknak kawan, tak kisah. Asal tak ganggu orang yang hangpa anggap bukan kawan bila hangpa susah…malulah sikit...
Okeh, lega dah lepas geram kali ni ...
4 comments:
itu lumrah hidup,dila
biaq pi dia nak terjun dgn labu2nya..
puas ati den lepas geram ;)
Aku mmg buat depa2 ni tak wujud ja.. asal tak dtg menyusahkan aku bila susah sudah..
"manalah geng budak2 lawa nak approve masuk group."
tu la pasal.. sampai la ni pun ada perangai camtu.. oppsss! ;p
hahha kat mana2 still lagi aku jumpa orang2 mcm ni...
perangai mcm budak2 sekolah tak abih belajar...bak kata hasni, biaq pi jer...org mcm depa mmg tak wujud dalam idup aku ;P...xberbaloi ;)
Post a Comment