Pages

Wednesday, February 15, 2012

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan...

Apalah pulak cendawan ye tak? Cendawan ada dalam peti sejuk, kelmarin buat masak spagethi. Sedap encik suami masak Spagethi Seafood. Ada udang, sotong dan mussels...Gambar? Sorrylah, akak dah kebulur tak sempat nak snap foto.

Ni nak citer, ape yang tumbuh subur bagai cendawan selepas hujan. Jerawat! Amik kau...sejak dua menjak mengandung, benda yang tak lepas tumbuh itulah dia. Bulan pertama taklah sgt, masuk bulan kedua, lepas abih satu kena picit, kering, satu lagi tumbuh....sekarang ni, tak mainlah satu, ‘berdua lebih baik’. Belah kanan ade 2, belah kiri ade dua....dua2 pipi plak tu...macam nak kasi balance la pulak!

Akak tak tau la ape lagi nak buat. Kalau ikutkan, memang perkembangan hormon2 ketika mengandung menyebabkan jerawat tumbuh dengan subur...ehehe. Pasrah jelah kan...walaupun encik suami kata:              “ Hai...kata guna SKII, takkan lah jerawat leh tumbuh gak...”...Ehehhe itu apply sebelum mengandung. Memang setakat ni berpuas hati dengan SKII, jarang ada jerawat. Kecuali time2 nak datang bulan je. Tu pun satu je...orang kata jerawat pemanis...La ni dah takde makna nya nak jadi jerawat pemanis. Tepek SKII pun kuar jugak...takpela, memang itu pembawakan mak buyung.

Setakat ni semua ok. Selain jerawat yang subur, baby ok...sihat macam maknya. Batuk selsema bawak dari Malaysia pun dah berkurangan. Asik lapar je tu jgn lah cakap...memang dah lazim. Semua ok, Cuma kena hati2 sebab jalan raya semakin licin setelah dihujani snow yang mencurah2 sejak dua menjak ni...

Takkan nak letak gambar jerawat akak ni ye tak? Tak lalu hangpa tgk karang ;P
(of course google lah)





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...