Pages

Thursday, June 28, 2012

Big THREE Day

Hari ini genap seminggu bergelar si wanita 30-an. Ya! Cepat betul masa berlalu...akhirnya boleh ucap selamat tinggal zaman 20-an....zaman muda mudi :).

Alhamdullilah...setiap tahun saya memang menyambut hari lahir. Sudah menjadi tradisi keluarga meraikan hari lahir adalah satu kemestian. Syukur, Allah masih memanjangkan usia, untuk masih menghirup udara di bumi ini.

Tahun ini tidak seperti tahun2 yang lain. Lebih istimewa kali ini untuk 'Big THREE Day'. Nak sebut 30 tu macam takut ye cik kak? Hahaha....Kalau tahun lepas tawaran PhD dari Sweden merupakan hadiah yang istimewa, tahun ini Allah anugerahkan sesuatu yang paling indah. Tidak terkata syukurnya...

Untuk kali pertamanya dapat menyambut hari lahir bersama suami tersayang selepas 11 tahun bersama. Kalau sebelum ini, kami hanya mengirim hadiah/ucapan dari jauh atau belated celebration bila bertemu kembali. Tahun ini sempena angka 30, encik suami berada disisi di hari yang penuh bahagia.

Bukan itu sahaja, Mak dan Mama juga dapat bersama dan sempat kami sambut di restoran Jepun :). Selamat hari lahir untuk Mama yang jatuh hanya selang sehari.

Namun, hadiah paling bermakna tahun ini semestinya dengan kehadiran LUQMANUL HAKIM yang lahir 19 hari awal dari hari lahir ibunya. Bergelar seorang ibu menjelang umur 30 merupakan hadiah teristimewa. Luqman penghias hidup kami :).... Alhamdullilahhh....melihat Luqman membesar dengan sihat dari hari ke hari adalah sesuatu yang paling bermakna untuk seorang Ibu.

Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan-Mu...rezeki yang dilimpahkan, kebahagiaan yang berterusan dan usia dipanjangkan..Syukur...



2 comments:

rostina76 said...

happy birthday sis & congrats!!!

Anonymous said...

Salam saya shamsul zakaria bercadang utk further study di KTH, harap dapat perkenalkan saya dengan mana2 group malaysian students di Sweden. Saya perlukan maklumat mengenai banyak perkara di sana.t.kasih. boleh add saya di FB, rhbsense@yahoo.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...