Pages

Wednesday, November 24, 2010

Ntahapeapentah!

Kena sangatlah dengan topik kali ni. Ntah ape ape ntah! Kali ni nak cerita pasal benda yang ntah ape ape ntah ;P. Korang tak payah layan sangat lah. Topik kali ni kemungkinan yang memboringkan dan buang masa berharga korang je baca. Banyak sgt benda entah ape2 yang jadi akhir2 ni. Antara kes-kes yang boleh disenaraihitamkan :

Kes 1: Isu Bahasa
Maaflah dgn tatabahasa yang tunggang langgang dan pengunaan bahasa rojak. Sebenarnya cuba gak nak menggunakan bahasa yang betul bila tulis dalam BM tapi terasalah sangat susahnya. Aku memang respek orang yang boleh tulis esei dengan baik dan bila baca tu best jek. Aku cuba gak dalam post2 yang lepas tapi bila nak tulis karangan tu kadang2 rasanya senang pulak nak campur dan guna term2 dalam BI. Kan dah keluar dah 'term' sebagai contohnya. Jadi, aku minta maaf awal2, jgn haraplah sgt bila baca blog ni, korg nak jadi cikgu BM aku kat sekolah plak. "Tak dapeklah Jang" macam bak kata kawan aku si Jimang a.k.a Nadjme. Ni cuma cara aku melepaskan perasaan...yelah encik suami takde nak cerita ape2 (tgh buat sedih ni ;P). Pulak dah aku ni jenis suke bercerita sbb encik suami suka mendengar...

Cilok daripada website ini.

Kedua, penggunaan kata ganti diri AKU. Maaflah kalau korg rasa kasar eh..kalau dengar Mak aku, sure dah kena lepuk! Depan Mak, guna SAYA okay...tapi bila dgn adek beradik, AKU & KAU jek...kecuali yang tua laha, yang beza setahun dua tu mcm dah kawan jek...chit chat2 malam sblm tido..sok sek sok sek...rasa rapat lah...tapi adek beradik aku pompuan seme dah kawen dan nak kawen...sok sek sok sek malam2 sblm tido takdelah dah...walahhh sayu plak...apepun, aku cuma guna AKU&KAU bila orang tu aku rasa dekat& rapat dgn aku...mcm korg2 yg baca blog ni, walaupun jauh mcm dekat&rapat (cheeewaaah!)...

Kes 2 : Mimpi lagi!
Okay, semalam mimpi lagi. Memang ntahapeapentah! Mimpi kali ni mmg sengal gaklah. Diringkaskan cerita, aku dan encik suami nak pergi kenduri kahwin kawan. Yang bestnya kenduri kawan yang nak kahwin tu pulak, in real life dah pun kahwin, dah mengandung anak kedua pun. Tapi masa kawan ni kawen, aku tak dapat pi pun sbb kat Holland time tu. Tak payahlah cerita sape orgnya, buat malu aku jek ;P. Mahu terbahak2 gelak kalau kawan tu tahu! Okay2, sambung2x, sebab kawan nk kawen ni minta tolong jadi org kuat majlis, dan siap buat baju lagi. Ingat lg dalam mimpi tu, tema kawen dia kaler biru okay! Cantik...ni kire grand wedding lah. Aku antara yang lain tolong2x angkat dulang. Tapi sebab encik suami nanti sorg je aku takde sebelah dia time wedding tu, aku pun ckplah kat pengantin a.k.a kawan aku tu mintak encik suami jadi 'org kuat majlis gak' kat grand ballroom reception kawan tu...dalam persiapan majlis, encik suami pakai baju putih sbb keluarga pengantin tak siapkan baju. Jadi tak kisahlah...asalkan dia tak duduk sorg time majlis tu nnt. Dalam tgh sibuk2 persiapan majlis kawen, aku kena bawak brg2 ke rumah pengantin tapi sbb kereta tak muat, encik suami kena jalan kaki. masa tu sedih je tgk encik suami jalan kaki....apsal ntah mcm real jek...Sesampai je kat rumah pengantin, pakcik pengantin pulak muncul...yang part ni saspen skit...tiba dah masuk kisah seram skit...kata pakcik tu, ade 2 'benda' ikut aku...dia mcm ala2 ustaz yang jenis leh nampak2 benda halus ni...tiba2, dari belakang aku terasa ade benda menyucuk 2-3 kali..."Adoi!!" Sakitnya aku menjerit...rupanya aku pandang belakang, encik suami ade kat belakang aku, dan aku nampak ade beberapa batang jarum akupuntur tercucuk2 kat belakang bdn....mcm ala2 akupuntur tabib cina selalu buat tu...Ape hal plak kena mengena suami aku plak yang pi cucuk2 aku dgn benda tu...Aku sempat tanya, "Abg dah tahu ke pasal 'benda' yang mengikut ni"". Dia pun angguk kata dah tahu dan dah pakat dgn pakcik pengantin.....Haaaaaaaaaaaaa..........sgtlah sengal! Memang ntahapeapentah mimpi aku ni. Lepas tanya tu jarum2 akupuntur tu masih tercucuk kt bdn aku, rasa sakit mcm real okay! Aku pun terjagaa!! Fuhhhh, waktu subuh dah masuk, aku bangun mandi dan solat subuh............satu hari aku terigt2 mimpi aku tu...segar bugar dalam ingatan. Patutlah org2 yang pernah lepak tido malam dgn aku selalu terutama encik suami dan kawan2 pompuan yg lain kata aku selalu mengigau, cakap2 dalam tidor....ish isshhhh.....

Bila fikir balik, ape kena mengena pengantin+majlis kawen+benda ghaib+jarum akupuntur dan lain2? Pelik tak aku mimpi?? 


Tapi aku terjumpa website ni pasal mimpi dan pinjam gambar dia. Menarik untuk dibaca walaupun aku tak tahu apa maksud mimpi aku. 

Kes 3: Patriotik
Hari ini aku ade tulis status kat FB. Pasal tiba2 aku 'humming' atau menyanyi tanpa lirik secara senyap. Tengah2 buat eksperimen tu, dok godek2 instrument, aku pun nyanyi2 sendiri. Sekali nyanyi2 aku pun cuba nyanyi dengan lirik, sekali baru perasan aku 'humming' lagu yang semacam aku kenal!! Biar betul?? Aku tak percaya, aku cuba nyanyi lagi...hmmmm tepat tak syak lagi..memang lagu Negaraku!

Okay, memang ntahapeapentah aku ni! Bukanlah aku cakap aku tak patriotik, memang aku rasa bangga yang aku punya jati diri dan ingatan pada negara tumpah darahku. (Ok ni dah mcm skema skit, so jgn gelak ye). Cuma aku rasa mcm aku sedikit mempermainkan lagu patriotik sebabnya "of all the songs" kan, apsal nak dok 'humming it for fun' pulak kan? Tapi bukan aku sengaja pun, tiba2 je nak keluar. Macam kelakar, rasa bersalah, bangga pada masa yang sama...bercampur baur...semua perasaan ade. Apepun, mungkin aku tak sabar nak balik Malaysia kot...sabar eh, bulan depan je tak lama....Yelah dah 3 tahun dok perantauan (lari topik skit)...



Kes 4: Patut kah?
Hari ni ade "Department Drink" macam department gathering mcm tu. Selalunya diorg buat kat Pub berdekatan. Aku pun tengok jam masa tu dah pukul 4.30. Maghrib jam 4.36 petang. Oh mungkin malam sbb dah gelap di kala musim sejuk ni, malam mmg cepat. Aku pun pi solat maghrib lepas tu bersiap kumpul ramai2 jam 5 utk pi gathering. Dah 2 kali aku join department drink. Kali ni kami pi dinner dulu kat cafe berdekatan dan lepas tu ke pub. Bagi aku, utk setakat lepak2 minum2, tapi jgnlah harap nak dpt teh tarik dan roti canai mcm lepak2 kat mamak kt Malaysia tu ye? Sini nak lepak kat pub/bar lah! Rasa mcm ntahapeapentah aku ni, lepas solat maghrib pi pub plak? Tapi bagi aku selagi aku tak buat perkara terlarang seperti menyentuh alcohol/arak dan sebagainya dan aku tahu ape tujuan aku ke sana untuk ape, aku rasa yakin aku tak buat salah. Perjumpaan kat pub/bar minum2 and get together mmg biasa kat sini. Tapi biasanya diorg buat kat tempat mcm ni lah. Apepun, aku tau kalau balik Malaysia aku takkan jejak tempat mcm ni, dan aku rasa salah satu pengalaman yang tak dapat aku rasa jika aku kat Malaysia. Obviously aku takkan melepak tempat mcm tu sbb byk tempat lain kt Malaysia leh lepak mcm mamak, mapley (tak tau nak eja?) 24jam McD pandu laju (opssss!! pandu lalu...ni selalu kena ejek dgn encik suami sbb tersasul!). 

Salah satu yg aku boleh kongsikan, secara ringkasnya bila aku join gathering mcm ni, bukan saje aku bersosial dan berkenalan lebih rapat tapi aku belajar culture dan cara hidup mereka2. Dengar pengalaman kawan2 yg juga travel around the world. Lain kali lah aku cerita lebih lanjut pasal ni....mungkin post akan datang (serius lah pulak!).

Kesimpulannya, apa pun yang kita lakukan semuanya perlu dari hati dan niat. Samada baik atau buruk. Terpulang pada anda untuk menilai dan menentukannya.



Oklah itu aje kes-kes ntahapeapentah untuk kali ni....kalau ade lg kes2 seperti ni akan disiarkan lagi.....(kalau ade nak baca lagi ke?). Hahhaha oklah habis merapu...nak ZZZzzzz....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...