Alhamdullilah. Semuanya selamat dan berakhir. Jumaat lepas akak cerita pasal perjalanan akak yang mencabar nak pergi berhujung minggu di Rotterdam. Akak dgn Mek Yana selamat tiba setelah hampir 4 jam perjalanan. Bermula dgn bas yang berenti hampir setiap minit ke Utrecht yg memakan masa 1 jam setengah. Selamat tiba di utrecht, dah rasa lega tapi rupa-rupanya di stesen Utrecht, dramanya lagi hebat! Train lgsg takde, jadual yang selalu akak rujuk untuk ke destinasi seterusnya memang kali ni kosong. Baru je ingat kat Utrecht takde masalah, rupanya lepas akak tanya pegawai NS (company train) ni, rupanya depa sediakan bas yang katanya tidak menjanjikan jumlahnya. Lagi hebat, siap dah bagitau, depa sediakan 'hall' untuk bermalam kalau tak dapat bas nak balik Rotterdam. Okay, ini memang dramatik!! Dalam keadaan 'chaos' dengan liputan berita dan wartawan yang merakam keadaan kelam kabut di tempat penghubung pengangkutan awam utama ini, kami terus menuju ke arah bas-bas yang disediakan dengan harapan ada lah bas ke tempat tujuan kami.
Dalam keadaan kelaparan, sempat juga menyambar 'fries' untuk kami mengalas perut di kiosk berdekatan. Dengan beg dan bekalan makanan di tangan, terhuyung-hayang kami meredah umat manusia yang ramai tersadai dan terkandas di stesen Utrecht. Dari satu bas ke satu bas, kami bertanya namun takda pun bas ke Rotterdam. Dalam hati terdetik, takkan depa nak suruh tidur kat stesen juga? Aduhai, terduduklah kepenatan kami di stesen bas+keretapi Utrecht itu. Hampir duduk beberapa saat kemudian, baru menyuap 'fries' ke mulut kerna perut belum pun beralas walaupun jam sudah hampir 10 malam. Harapan semakin menipis, tenaga dah kian menyurut namun syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan, bas di depan kami pun diumumkan akan ke Rotterdam. Melompat terus berpusu ke bas. Sempat ditahan dek pemandu bas yang tak membenarkan kami makan dalam bas. Berjanji takkan makan dalam bas asalkan dapat sampai ke destinasi. Sanggup si pemandu suruh kami duduk depan sekali. Memanglah lapar tapi kami tak kisah asalkan boleh pulang! Telan air liur berlapar lagi!
Syukur akhirnya sampai ke destinasi selepas 4 jam perjalanan hari Jumaat lepas. Banyak spekulasi yang akak dengar tentang train yang tergendala kali ni. Ini kira hebatlah sebab kejadian macam ni jarang berlaku kat Belanda ni. Dengar kata ade kebakaran di antara 'route' dari tempat akak ke Utrecht. Dan berita lain pulak ada kata, ada ugutan bom dari Germany. Mana satu yang betul akak pun tak tahu sebab masa tu, kepala dah fikir nak balik dan nak makan jek! Syukur semuanya berakhir dengan selamat.
Alhamdullilah perjalanan pulang hari ini juga semuanya berjalan lancar setelah Utrecht kini beroperasi kembali hari ini. Syukurlah tak perlu naik bas yang berhenti setiap minit lagi.
Alhamdullilah perjalanan pulang hari ini juga semuanya berjalan lancar setelah Utrecht kini beroperasi kembali hari ini. Syukurlah tak perlu naik bas yang berhenti setiap minit lagi.
Di Utrecht, arini kami2 pengguna setia NS train dapat menikmati kembali kemudahan awam ini. Sebab train dah takde problem, kami amik kesempatan lepak2 di Starbuck Stesen Utrecht hari ini. Reward diri sendiri lah konon...alasan baik punya!
Apepun 'weekend' yang memang mencabar, meriah dan berbaloi-baloi walaupun dgn macam2 kejadian berlaku ;)
8 comments:
'kak'...bright side
1) tak panas
2) kalo ktm komuter mau tido sebulan 1/2 kat stesen
'dek'...memanglah tak panas tp leh keras kesejukan ;P
hahah ktm komuter mmg takle nak comment lebih2 lah..
byw, sape 'F'ni? hahaha
hahahaha...aku la...sepupu laki ko..HAHAHAHA
chechhhhhhh shy shy cat nak reveal identity ;P...sabau je lah ;)
entah la wei...aku type gmail id pehtu dier jadik huruf F je..tah mcm mana aku set dulu pun dh tak ingat...so hentam je la...HAHAHAHAHA
hahah xperla initial pun jadilah..dah tau pon sape..
F...si misteri...;P
lepas korang naik train, train ke schipol, amsterdam CS, rotterdam dan sewaktu dengannya pulak cancel. Dgr cerita ada org lompat ke terjun. :-)
biasa train ke tempat aku dlm 20 mins. kali ni dekat sejam stgh. :-).
hahha siannya ko Jiji...nasib badan ye. tapi takpe dah pekena Starbuck+carrot cake...layannnnnn ;)
Post a Comment