Hot plate baruku ;)
Namun, labmates yang baik hati sempat meminjamkan hot platenya Isnin baru-baru ini, sempatlah memasak juadah ringkas dan senang, Mee Udang. Ohh itu memang 'ferevet' okay ;). Sekali masak bolehlah untuk 3 kali makan.
Untuk makan malamku...
Untuk makan tengahari esoknya di lab ;)
Untuk makan malam pula ;)
Dua hari kemudian dapur tak berasap kerana kepenatan di atas paras maksimum dan kekurangan bekalan mentah. Haa cerita pasal barang mentah,....Jom tengok kat mana aku pi belanja dapur! Berita baik, Wageningen sudah ada LiDL, hoyeahhhhh!! Rasanya baru buka dalam minggu ini. Oh jakun! Ape tu LiDL?
Semalam 'Koopavond' maksudnya, kedai-kedai akan tutup lewat, alahhh lewat pun paling-paling jam 9 malam aja okay. Okaylah cukup bagus dari jam 5-6 tiap hari buat terkejar-kejar pecut basikal nak pergi kedai. Okay, LiDL adalah satu satu supermarket kat Belanda ini. Asal dari German dan yang paling best barang-barangnya murah belaka. Jom tengok antara barang dapur utama!
Apple Pink Lady memang antara apple paling mahal. Kire macam "princess" lah ni. Sejak Kak Diana perkenalkan masa Swiss trip dulu, sudah tidak bertukar ke jenama lain lagi ;) Selalu harganya sekitar 2.49euro/kg di kedai Pakcik ALBERT HEIJN dan C1000. Tapi kat sini lagi murah dan lebih murah sebab kakak kat kaunter tu 'charge' 90sen/kg walaupun sepatutnya 1.79 euro/kg. Hmmm pasrah aja lah, kata rezeki....Antara barang lain, beras basmathi kat sini murah belaka, ohh sukanya! Hanya 1.49/kg ;)
Oleh itu, boleh lah ucap Selamat tinggal ke Pakcik AH dan C1000 ;P. Seterusnya, karnivor perlu makan ayam dan dedaging. Kat kedai pakcik ZAMZAM inilah tempat beli barangan halal dan juga rempah ratus. Tapi pakcik ni agak 'punctual' asal jam 5 je dah nak tutup kedai....haihhhhh...apepun sempatlah beli tulang kambing khamis lepas ;)
Tulang kambing yang berjaya menjadi sup ;)
Ayam dan sewaktu dengannya
Kedai Pakcik ZAM ZAM
Selain tempat ni, kadang-kadang kalau terlebih rajin nak redah sejuk, maka singgahlah pula ke Pasar Sabtu. Kecil je pasar ni tapi keadaannya agak tenang dan nyaman untuk membeli barangan segar. Ada juga barangan menarik terjual di situ. Contohnya: Cendawan yang pelbagai rupa dan bentuk ;)
Kalau teringin barangan segar, Pasar Sabtulah tempat yang sesuai untuk berbelanja. Selalunya sayur-sayur, makanan laut segar dan buah-buahan. Kadang-kadang dapatlah makan 'kibbeling', ikan goreng tepung panas-panas. Tapi muak juga makan banyak-banyak! Sesekali boleh lah.
Gambar Cik Florence belanja 'kibbeling' masa sama-sama ke pasar bulan lepas ;)
Oklah, itu sajalah cerita di sebalik 'Dapurku'. Kalau tak ada barang-barang mentah ini, macam mana nak jadi 'Sup Tulang Kambing' dan lain-lain ye tak?
Layannnnn!!
4 comments:
sedapnyeeeeee...terliur org msia ;P
hahaha kat msia lg macam2 boleh mkn. dgr ko mkn kt sana dh bole wat aku lg terliur ;P
gua sungguh tak suka mendengar org makan sedap2.... sbb gue hanya makan roti dan keju seadanya.
*pink lady tu tmpt best kalau kt hadyaai, thailand. keh keh keh....*
hahaha nanti wa masak utk lu ar time makan2...request aja lu nak makan ape..
cukupla seminggu wa makan roti & keju, stampot lg...tak larat sudeyyy...
pink ladi thailand tu mcm red light ka?? wahhhh....
Post a Comment