Pages

Sunday, November 07, 2010

Italia!

Yaaahhh! Akhirnya berjaya juga meng'upload' gambar-gambar yang sudah lama terperam dalam simpanan. Cuti-cuti Italy masa cuti musim panas 2010 and musim luruh 2009. Hmm kalau di Malaysia, jalan-jalan pasti masa cuti sekolah ke, atau cuti umum.

Bercerita pasal Itali, itulah antara negara yang paling banyak aku jelajah setakat ini. Kira-kira 7 bandar utama dari Rome-Venice-Milan (bersama encik suami) dan Pisa-Lucca-Florence-Bologna (bersama cik Florence).


Tour 1 dengan encik suami menjelajah 3 tempat yang 'famous' dan punya 'landmark' tersendiri. Dah lama dah sekitar bulan Nov 2009. Kiranya mcm bulan madu lah sebab nak sangat naik gondola di Venice ;P.



Selepas ke Venice kami sempat ke Rome. Bandar yang cantik dan penuh sejarah. Yelah, salah satu tempat lokasi shooting "Angel & Demon". Tapi sebab dah terlalu penat menapak, dah tak larat nak 'enjoy' kesan sejarah. Yang paling menarik ialah dapat menjejaki Piaza di Spagna. Satu lagi lokasi pengambaran filem lama, "Roman Holiday by Audrey Hepburn". Betul entah eja nama dia, hahaha nantilah check balik ;)




Selain itu, tempat utama pastinya Coloseum. Tempat penuh sejarah zaman Rome dahulu kala. Tak larat nak cerita sejarah mereka. Hangpa google la sendiri ye?


Kami sempat juga melawat Vatican City, tempat penting untuk mereka yang menganut Kristian. Ala-ala macam orang Islam pergi mekah. Apepun, kami tak masuk, cuma lalu tengok sekitar luar. Kaki masa tu macam nak patah.



Seterusnya kami ke Milan. Destinasi terakhir yang rasanya sungguh tidaklah menarik bagi kami yang tidak mempunyai fulus yang banyak ketika itu untuk shopping! Milan, one of the famous shopping experience in the world especially for designer stuffs ;). Apepun, kami menikmati keindahan bandar Milan seperti Duomo dan castle lama. Tak banyak yang boleh dilihat, jadi aku pun menemani encik suami ke Stadium San Siro, Milan.



Dari Milan kami pun terbang pulang ke Holland melalui Dusseldorf Weeze. Memang best sebab berdua kan lebih baik! Maka tamatlah cuti-cuti kami ketika itu, tapi nanti aku cerita lagi jalan-jalan kami (Siri Berdua Lebih Baik) ke lokasi lain! Tungguuuu!

Tour 2, aku jelajah sekali lagi Itali tapi dengan cik Florence. Padan dengan nama cik manis ni, kami ke Pisa-Lucca-Florence-Bologna. Lagi-lagi ketika musim panas, bagai kena salai kami berdua.

Pisa seperti yang dikenali senatero dunia, sudah pasti terkenal dengan Menara Condong Pisa. Ape lagi kan?
Aku pun bergambar bagai nak rak, tapi dah 'upload' di Facebook. Jadi, letak sikit jelah kat sini. Yang bestnya Pisa, kami jumpa gerai souvenir yang murah. 1 euro dah dapat fridge magnet. Syoklah sikit nak bershopping!


Selepas ke Pisa, kami ke Lucca. Lokasi ini sebenarnya tidak kami rancang. Ketika di Pisa, kami terjumpa pamplet di hotel berkenaan Lucca. Cuma 30 minit dari Pisa, jadi kami bersetuju untuk singgah ke Pisa sebelum ke Florence. Lucca bandar kecil dan di tengah-tengah bandar, kalau dilihat dari pemandangan udara,   terdapat bangunan yang dibina berbentuk bulat seakan Coloseum. Kalau google mungkin boleh lihat gambaran yang seperti aku cerita. Kami dapat amik gambar sekerat aje ;)


Seterusnya, kami menuju ke Florence, antara bandar terkenal di Itali. Florence menonjol dengan beg kulit asli dan barang kemas. Sempat juga aku membeli sebarang dua, untuk ole-ole keluarga di Malaysia juga untuk diri sendiri. Floremce terkenal dengan jambatannya dan di atas jambatan ini terletaknya kedai-kedai dan gerai menjual pelbagai barangan untuk tarikan pelancong.



Selain itu, Florence juga terkenal dengan patung-patung yang bogel-bogel belaka. Pelbagai bentuk dan aksi. Juga menarik pelancong yang datang ;) Ada juga yang bole membuat anda terkesima. Apepun, Florence memang tempat yang paling aku suka dan pasti nak datang lagi! (Bukan sebab patung2 tu eh ;p)




Destinasi terakhir, tempat ke 7 di Itali, Bologna. Bandar yang agak padat dan agak moden berbanding yang lain. Namun masih ada bangunan lama dikekalkan. kami juga mengagak, Spagethi Bolognese berasal dari Bologna. Sempat juga kami merasa pasta dan aiskrim yang enak!




Semua gambar-gambar telah pun aku 'upload' di Facebook, terlalu banyak tak boleh lah nak letak di sini. Apepun, Itali memang negara yang tidak rugi dilawati. Selain makanan yang enak (sekurang ada rasa berbanding makanan Belanda,....opss!!), tempat yang penuh sejarah dan 'culture'. Jadi, kalau ada peluang dan rezeki pergilah ke Itali!

4 comments:

MsNiniE said...

Dila...bestnye Italy...

Hisiq said...

Hahaha kamu pun sudah sampai..tapi mcm nak pegi lg kan?

MsNiniE said...

cantikla gmba2 nih...best! aku nk pi Rome waktu malam pulak,mesti cantik...excited pulak tuk trip next year..harap dipermudahkan ;)

Hisiq said...

insyaAllah, jangan berhenti berimpian ;). Ingat dulu aku selalu cakap mcm tu...mudahan kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Aminnn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...