Pages

Monday, November 01, 2010

Hallowen

Semalam orang sambut Hallowen secara rasminya. Pertama kali sambut dan tahu apa orang buat time Hallowen.  Sebelum ni tak ambil port sangat. Yelah, kat Malaysia tu, mana la sambut benda macam ni.

Apepun, menarik jugak sebab kali pertama ukir buah labu. Kalau ukir kasi muka seram seram sikit lagi bagus lah kan? Jadi aku pun bercadang ikut workshop pasal Hallowen ni. Anne, kawan belanda yang baik dengan aku tu AJK kelab tu. Kelab ni banyak buat aktiviti menarik terutamanya tentang negara-negara luar, pasal makanan dan  cara hidup. Aku pun pernah bagi bengkel pasal Malaysia dan masak makanan Melayu. Nanti post lain aku cerita eh :)

Kali ni nak cerita tentang gigihnya aku mengukir labu 'pumpkin'. Memang menarik sangat tapi bukan main kerasnya labu tu nak tarah. Beriya-iyalah mengukir mata, hidung dan mulut. Hasilnya....taraaaaa!


Not bad lah kan? Jadilah gak muka seram Jack o' Lantern untuk Hallowen ni. Akhir sekali kami pun ambil gambar bersama labu masing-masing.


Sebelum berakhir, sempat juga kami dihidangkan dengan sup labu ala' Belanda yang sungguh enak!


Kesimpulanya, memang enjoy!

3 comments:

MsNiniE said...

bestnyeeee,,,nk joinnn! haha

MsNiniE said...

kt msia, hari2 citer antu kt tv dila...huhuhu

Hisiq said...

hahaha best gak join aktiviti mcm ni...kt msia tu seraaam!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...