Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain...
Itulah, memang tepat sekali! Kalau dah jatuh tergolek, tersembam ke bumi, pasti ingatan itu akan tersemat di memori bagai pahat mengukir kayu...
Kisahnya, semalam bersama Mek Yana, kami berbasikal di sekitar bandar Lund. Lund adalah sebuah bandar kecil di Sweden bersempadan dengan bandar tersohor, Copenhagen (Denmark). Tujuan ke sini hanya untuk makan angin sambil melihat tempat Mek Yana belajar yang nomad hampir setiap 2 bulan di beberapa universiti terkemuka di Europah.
Asyik berbasikal menikmati keindahan alam, kami menuruni bukit dengan agak laju. Sedikit gagal untuk mengawal basikal yang melalui tanah berpasir, brek sebelah kiri dan brek kaki yang tidak sempat digunakan ketika kecemasan, maka nya aku tersembam ke muka bumi. Kalau mengikut turutan kejadian, lutut kiri yang pertama sekali membuat pendaratan diikuti kedua-dua tapak tangan dan akhirnya pipi comel sebelah kiriku! Lihatlah hasilnya!
Setelah Mek Yana menolong aku untuk duduk, kami tergelak dengan apa yang terjadi! Memang telah ditakdirkan Allah akan kejadian ini. Sebelum berangkat, aku sememangnya rasa tidak sedap hati, berdebar-debar dan sedikit takut. Aku janggal berperasaan seperti itu kerana sudah terbiasa dengan berkelana sendirian dan perasaan resah itu telah aku khabarkan kepada encik suami. Bermacam kejadian berlaku hingga sesat di airport yang sedikit aneh untuk berlaku, memecut 100m mencari pintu perlepasan sehinggalah jatuh basikal. Sedikit lucu namun memori ini pasti tersemat di ingatan.
Dan Lund pasti tetap dalam ingatan sampai bila-bila. Walau apa yang terjadi, yang pasti aku masih mampu tersenyum ;)
PEACE!! \m/
4 comments:
mak aih teruknya ko terjatuh dila.. tgk pun nampak perit giler.. take care beb..
err dulu aku jatuh motor pun x teruk camtu..
dila...kesiannyee...msti sakit bila mndi nnt...huhu
take care bebeh ;)
missing u from blogging
Cik Balkhis,
Memang agak teruk. 2 hari aku dok recover kat umah kawan aku...nasib aku cuti pjg. Luka dah kering cuma tgn kiri sakit bila gerak and lutut rasa sakit nak jalan...
aku xpernah kena mcm ni sblm ni...sedikit trauma juge ;)
Hasni, masa mandi mmg pedihhh! thanks for your concern!
Sorry for being MIA. I'll try to update more often then ok dear!
Cik Balkhis,
Memang agak teruk. 2 hari aku dok recover kat umah kawan aku...nasib aku cuti pjg. Luka dah kering cuma tgn kiri sakit bila gerak and lutut rasa sakit nak jalan...
aku xpernah kena mcm ni sblm ni...sedikit trauma juge ;)
Hasni, masa mandi mmg pedihhh! thanks for your concern!
Sorry for being MIA. I'll try to update more often then ok dear!
Post a Comment