Kenapa timbul isu ini? Ini bukan isu baru. Ini sememangnya lumrah manusia. Harini isu perbincangan saya dan encik suami agak serius sedikit. Kisah hati dan paras rupa. Mesti anda boleh mengagak apa soalan-soalan cepu emas yang diutarakan oleh saya kepada encik suami. Macam biasalah, mesti anda pun pernah bertanyakan soalan-soalan yang bermain di minda saudari-saudari yang mempunyai suami. (Kata sayang suami kan?)
Apa punca isu ini timbul? Mesti ada yang tertanya. Acapkali terdengar rakan-rakan lelaki bercakap tentang perempuan. Rata-rata mengulas tentang paras rupa dan kriteria yang ada pada sesetengah perempuan. Tidak dinafikan masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri. Tetapi yang pasti bila berbicara tentang kaum hawa, paras rupa menjadi topik utama.
Antara yang biasa saya dengari: "Mana ada lelaki yang mahu perempuan tak cantik?" atau " Mana ada lelaki yang mahukan perempuan gemuk, kalau ada tipulah!". Pernah saya menjawab: "Kenapa? Cinta itu berdasarkan paras rupa semata-mata?". Terkadang persoalan seperti ini membuatkan saya hairan dan tertanya-tanya. Apakah yang dilihat oleh kaum Adam tentang wanita yang diingininya? Adakah paras rupa, paling utama dari hati dan perbadi wanita tersebut? Apa kriteria utama yang mereka cari dari seorang wanita yang ingin disunting sebagai suri?
Persoalan demi persoalan terdetik dibenak fikiran. Bukan saya seorang yang ingin menafikan pandangan dan pemikiran walhal citarasa setiap insan bernama lelaki tetapi, terkadang ianya sedikit menjengkelkan. Lebih menyedihkan terkadang di hadapan mata kepala dan bersaksikan telinga, kaum lelaki ini sewenangnya memberi komen-komen tentang kaum hawa yang muncul di hadapan mereka. Antara komen-komen biasa: "Oh She is not my type!" dan "Gemuknya lah pompuan tuh....tengok kaki dia besar tul, lengan pun tembam...." atau " Nahhhh.....tak cukup seksi lahhh..." atau mungkin : "Macam kampung jek!, taklah cantik sangat!". Bermacam-macam ulasan yang saya dengari yang terkadang sedikit menggangu emosi sebagai seorang wanita.
Saya cuba meletakkan diri saya menjadi wanita-wanita yang di cemuh itu. Terasa pahit, sememangnya perit. Adakah mereka ini layak menerima semua komen-komen ini? Memang benar, orang boleh berkata apa sahaja tanpa dapat kita menghalangnya. Malah, pernah saya sendiri mengalaminya bila mana kawan kepada suami saya pernah mengatakan yang saya tidak cantik. Oh sememangnya sedikit sentap! Tapi mulut manusia tidaklah dapat kita tutup. Saya langsung tidak marah kerna saya juga pernah dilontarkan dengan kata-kata seperti itu semasa saya masih kecik lagi. Pernah di ejek sepupu lelaki saya ketika kecil dulu : " Hey ko ni tak lawa lah, adik ko lagi lawa!". Terasa marah juga tapi dalam hati saya berkata, "Walaupun aku tak lawa, tapi aku pandai!" . Ketika itu, di sekolah rendah, saya pasti menduduki tempat tertinggi di dalam kelas dan antara faktor yang mendorong saya untuk terus rajin belajar hingga ke tahap tertinggi. Juga untuk membuktikan pada orang-orang yang pernah melontarkan kata-kata seperti itu yang kecantikan paras rupa bukanlah segala-galanya.
Ya benar, paras wajah indah memang menjadi pujaan setiap insan tapi ingat ianya pasti tidak akan kekal selamanya. Apa yang engkau puja pasti akan hilang dan pudar. Tidak salah mencari yang indah asal betul caranya. Tidak salah mencari permata asal permata itu benar-benar berkilau memberikan cahayanya. Jangan engkau mencari pertama tetapi bersinar bak hanya kaca. Luluh hancur berkecai tidak sampai masanya. Dalam resepi perhubungan bukan hanya campuran paras rupa tetapi persefahaman, cinta dan kasih sayang turut menjadi ramuan utama.
Jadi wahai kaum Adam, jika keindahan yang kamu buru, carilah dengan betul caranya. Jika bukan pilihan hatimu, jangan kamu lontar dengan cercaan. Bak kata pepatah "Ukurlah baju dibadan sendiri". Tanyalah dirimu: Layakkah aku mempersoalkannya? Siapakah aku untuk menetapkan dan mengukur kecantikan sesetengah mahkluk Allah itu? (Juga peringatan untuk semua samada lelaki atau wanita, samada saudara atau pun teman). Janganlah kecantikan itu dijadikan kayu ukuran dalam satu-satu perhubungan mahupun persahabatan.
Beauty lies in the eyes of the beholder
Bersederhanalah kerana tiada yang sempurna di dunia ini. Belajar menerima sesuatu seadanya dan bersyukur kerana disitulah hadirnya kesempurnaan. Keindahan dan kesempurnaan sebuah perhubungan di antara sesama insan.


2 comments:
Haha baru nie aku pernah tanya Imran, just out of sudden, saya cantik tak. Walau aku sedar aku nie x cantik, tp dek sebab suami sendiri kata cantik, aku dah gembira haha. Yang penting, kata suami tu ^_^
Hahaha betul Lisa. Apa yang suami kita rasa, fikir dan suka itu yang lebih penting. Selayaknya suamilah yang patut kita gembirakan.
Aku pun tanya Iqbal, dia pernah cakap kalau perempuan cantik yang dia cari, dah melambak dah dlm list. Tapi dia pernah ckp lg buat apa dia nak bazirkan 10 tahun long distance relationship ni kalau dia nak cari perempuan cantik?
Cuma aku agak ralat dengan lelaki yg keterlaluan memburu kecantikan ni. Sebab bukan itu saja yg penting dalam satu-satu perhubungan.
Post a Comment