Hari ini saya nak bercerita tentang laut. Sebab ape? Sebab suami saya kerja di laut. Tiap-tiap kali saya nampak laut saya teringat wajah suami saya. Bila tengok laut kunun-kunun nampak lah bayang encik suami tak gitu? Jiwanglahhh akak sorang ini....tu yang malu-malu sampai tutup muka. (Padahal kes nak cover muka calar balar jatuh basikal baru-baru ni ;P)
Helsingborg, Sweden
Pernah saya ajak encik suami makan angin naik cruise. Tak hinginnya dia melayan. Nak naik muntah dah dia tengok laut katanya. Kalau nak holiday pilah mana pun asalkan bukanya laut. Jadi akak ni gigit jarilah nak merasa Star Cruise, Moon Cruise, Tom Cruise (opss....silap eh, tak wujud yek?) haaa....apa pun yang sewaktu denganya...dalam mimpi ajelah ...
Ni gambqr google aje..jadi jangan nak berangan lebih2x okay...
Terbayang macam mana lah rupa encik suami bekerja, tempat kerja dia, apa dia buat atas kapal berbulan-bulan, dan yang pasti tiap kali dia cerita saya tak boleh nak bayangkan. Apa nak buat imiginasi saya ni belum tahap tertinggi lagi-lagi hal ehwal perkapalan ini. Oh sungguh tak masuk dalam imaginasi langsung. Ada lah suruh encik suami amik gambar tapi yelah, orang lelaki ini kalau bangsa tak suka nak 'klik sana klik sini' jangan mimpi nak pecahkan imagiansi saya ni kalau sampai tak kena bebel. Paling kuat ada la 1-2 gambar kadang-kadang di upload. Tu pun liat nak khabar. mana lah akak dapat notification kan? Tapi adalah dari takde langsung kan?
Suami saya yang suka sekali bila dapat coverall baru. Sungguh tak faham....hahahaha....nasib nampak smart ;)
Mak Aih time ni memang serabai sungguh...
Yang ni saya pun nak naik juge...oh heli!
Yang ni tengah buat keje la ni...nasib ade kawan tolong snapkan...tapi jgnla tanya saya dia tengah ketuk apa..haram saya tak faham...
Kalau yang ni bajet memang takde keje lah! Siap main lentuk2 lg...kalau dengan saya tak mbohnya dia nak pose cenggitu....
Hari ini entah angin apa, encik suami rajin pulak bercerita skit pasal kerja dia. Kalau tak haram nak tahu apa dia buat. Macam CIA, FBI secret agent jek. Bukan apa, dia cuma malas nak cerita hal-hal serius berkaitan kerja walhal kadang-kadang si isteri ni ha blur blur buih-buih laut dengan apa yang suaminya dok sibuk atas kapal tu ha. lantas mengoreng aja cerita bila orang-orang bertanya, Bijaklah juge...;)
Oh kisahnya, sedang kami chatting di YM seperti biasa:
Encik suami: Aritu naik platform puteri..
Saya: Pelantar ke?
Encik suami: Samalah tu...
Saya: kat mana?
Encik suami: Depan kapal ni ha...
Saya: Ohh yeke...(sambil kagum dan pelik macam mana ada plak pelantar tengah-tengah laut..ingat kat pinggir laut jek)
Encik suami: naik basket tau airtu....100-200m..
Saya: Huh? Basket? ape yang 100-200m? Tinggi? Kedalaman? (Sambil blur-blur buih lagi...ape lak pulak mamat ni cakap? pecah kepala nak imagine...)
Encik suami: Trasnfer basket lah untuk bawak orang...
Saya: Hmmm cubalah amik gambar ke? Macam manalah nak bayangkan....
Encuk suami: Mana boleh amik gmbr, kena pegang kat tali basket tuh...(sambil menghantar gambar di google dari internet)
Saya: Wooooooooooooo.....Ohh macam tu ke rupanya....selamat ke? Macam ngeri jek!
Encik suami: Selamat lah...
Saya: Serrammmm...gayat jekkk....
Encik suami: basket tu lembut je tau..takde tiang..tepi2 tu semua tali jek...
Saya: takde tali nak ikat kat pinggang ke? kalau jatuh cemana?
Encik suami: Sebab tu pakai vest, jatuh masuk laut...
Saya: Macam tak safety jek...kalau jatuh kt laut..kalau tgh transfer jatuh atas bdn kapal, tak ke patah riuk...
Encik suami:: jatuh atas kapal tu xleh nk buat ape la..
Saya: Hah! tak safety lak..name je marine safety...;P
Encik suami: *&&^^%$#@!#$%^&** (Apelah yang isteri aku ni fikir? aduhhhh.....inilah pentingnya offshore education-Hahahah part ni saya tambah sendri yek ;P)
Inilah transfer basket nya. Safety lah sangat. Jatuh atas badan kapal, patah riuklah jadinya...Tak patutlah. Depa kenalah fikirlah sebelum lalu kat laut tu, depa angkat dari kapal ke kapal lain...mahu tiba-tiba nak terkucil dibuatnya atas tu... kalau terlepas tali tu cemana? Jawab bang oi!
Hmmm...ini saje celotah saya hari ini. Saya dah suruh encik suami buat blog citer pengalaman dia. Kalau salah citer saya ni, salahkan lah encik suami. Suruh dia betulkan pemahaman dan imaginasi saya ni. Nak suruh dia buat blog sendiri, hmmm makan zaman kot baru wujud...
p/s Kita tengok apa reaksi encik suami...mahu tak dia memberi reaksi. jangan dia suruh seangkatan jentera kapal serang blog saya sudah...;P







2 comments:
safety la tu... jgn lawan ckp org tua2 hehehe
Post a Comment