Masanya tiba jua. Cepat sunnguh setahun itu berlalu. Pantasnya masa berlari meninggalkan kita. Hari ini genap umurku menjangkau 29 tahun. Pengakhiran zaman dua puluhan. Terdetik seketika...ku toleh ke belakang, cuba mengingati zaman dua puluhanku...
Yang pasti umur 19-22 aku di zaman bachelor degree. Ketika 23-25 tahun aku mula menjejaki dunia berkerja. Mencari rezeki dan menikmati hasil titik peluhku...Mempelopori dunia kematangan dan memgasah potensi diri. Aku bersyukur ketika umur 25 tahun aku diberikan peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman di luar negara. Kini hampir 4 tahun di bumi Belanda, mengutip segala ilmu dan pengalaman di rantau orang. Sekali lagi bersyukur kerana dimurahkan rezeki untuk menyambung pengajian di peringkat Master degree. InsyaAllah bakal berakhir bulan 8 ini dan jika tiada aral majlis graduasi pada bulan September ini.
Aku terpaku. Bila aku menoleh ke belakang, melihat apa yang telah aku kecapi, aku rasa amat bersyukur. Terlalu bersyukur...
Alhamdullilah...Syukur padamu Ya Allah atas segala kurniaan-Mu. Atas kemurahan rezeki, kesihatan yang baik dan ilmu yang bermanafaat. Tiada yang lain selain bersyukur atas umur yang dipanjangkan setiap tahun. Juga atas hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk tahun ini. Thank you ALLAH...
Itu status yang aku tulis di FB hari ni. Meskipun tiada suami dan keluarga tersayang di sisi. Aku tetap bersyukur kerana aku tahu mereka tetap mengingati aku dari jauh. Juga ucapan-ucapan dari rakan-rakan tercinta membuatkan aku sungguh terharu. Walaupun jauh beribu batu, namun ingatan mereka tetap dapat aku rasai. Terima kasih suamiku, terima kasih keluargaku dan rakan-rakanku....
Aku bersyukur padamu Ya Allah. Juga rezeki yang Engkau kurniakan yang tidak pernah putus-putus. Hadiah yang tidak ku duga dan tidak aku pinta. Ya Allah, akan aku berusaha dengan seluruh nyawaku, jika ini yang terbaik yang Engkau tetapkan untuk ku...InsyaAllah, akan aku perjuangkan segalanya di atas di atas nama ilmu-Mu.
InsyaAllah. Satu perkataan yang sarat maksudnya: PhD....
Cahaya Ilmu

No comments:
Post a Comment