Rutin kitorang hari-hari mesti chatting di YM. Selalunya lepas pukul 6 petang (Holland) / 12 malam (M'sia) encik suami akan online. Kadang-kadang awal, kadang lewat. Tapi shift dia masuk kerja selalunya 12 malam ke 12 tengahari. Tapi dalam masa 6 jam (dari 12 malam ke 6 pagi waktu M'sia) waktu kami dapat bersama 'catch up' tentang 'life' masing-masing. Lepas rindulah apa lagi...Walaupun internet taklah selaju macam kelajuan cahaya tuh...syukurlah sekurang-kurang boleh gak kami taip isi hati kami ni di YM. Video call boleh je nak buat tapi tak 'clear'....
Hari ini ada majlis farewell kat rumah. Ramai-ramai berkumpul untuk meraikan kepulangan rakan senegara pulang ke Malaysia. Satu per satu meninggalkan bumi Belanda ini. Selepas semua tetamu pulang, jam dah nak hampir ke pukul 12. Selepas berkemas dapur dan ruang tamu, barulah dapat nak bercakap dengan encik suami. Tapi nampak gayanya, encik suami dah nak 'sign out' sebab dah nak jam 6 pagi (M'sia). Dah nak tamat time dia guna internet. Saya pun keciwa. Tapi takkan nak tinggal tetamu yang datang ke rumah kan? Rasa tak sedap pulak....jadi tak dapatlah ber'chatting' dengan encik suami malam ni...
Saya tahu si dia merajuk....Janganlah merajuk okay! Buruk tau dah tua-tua merajukkk.....ehehhe esok kita chatting lagi okay ;)...
Senyumlah sikit.....haaa...macam tulah...kan sweet ;)..


No comments:
Post a Comment