Pages

Thursday, December 01, 2011

Hari Pertama...

"Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahmin...Ya Allah, kau berkatilah setiap langkah hari pertamaku hingga ke hari terakhirku selama 4 tahun perjuanganku (InsyaAllah), dalam mencari keredhaanmu menuntut ilmu....Amin..."

Alhamdullilah...hari ini hari pertama bergelar seorang pelajar PhD. Seaakan tidak percaya, namun masanya akhirnya tiba jua. Pagi-pagi lagi sudah terbangun, malam pun tak boleh tidur lena. Tak pasti samada tak selesa tidur akibat dengkuran encik suami atau sebab ter'excited lebih dengan hari pertama ;). Yang pasti encik suami sanggup bangun awal, tolong siapkan sarapan dan bekalan untuk dibawa sambil sarapan pagi bersama. Lagi best, sanggup hantar sambil jalan kaki sama-sama ke tempat kerja. Alhamdullilah syukur.....hidup memang bahagia...(walaupun tahu taklah selamanya si dia nak hantar, tapi syukurlah di antara hari-hari permulaan ni dapat hantar dan ambil dari tempat kerja...)

Bukan hari ini tapi hari pertama try cari jalan short-cut ke tempat kerja.

Tiba lebih kurang jam 9 pagi. Supervisor muncul menjemput sejurus menerima call dari reception dengan senyuman lebar. Selepas tepat 6 bulan, kami bertemu semula. Selepas berhubung melalui email selama 6 bulan dalam urusan menyelesaikan hal-hal rasmi berkaitan phd, akhirnya dapat kami bertentang mata ;). 

Sampai di department, saya di bawa ke bilik yang telah dikhaskan untuk Phd student. Berkongsi bilik dengan Karin, pelajar Phd di tahun akhir. Wahhh....untungnya dapat mengorek pengalaman dari yang expert! Selepas meletak barang, saya berehat di tempat yang bakal menjadi 'rumah kedua' selama 4 tahun ini, insyaAllah. SV perlu bergegas menyediakan kopi/teh untuk coffee break. Yang menariknya, tradisi di department ini, semua orang tidak kira level mana pun, dari professor hinggalah ke bachelor student, akan ada jadual menyediakan kopi/teh atau "coffee week". Minggu tersebut giliran individu terbabit menyediakan minuman panas, termasuk mencuci gelas-gelas yang ada (guna dishwasher machine pun...) dan menyusun kembali peralatan selepas dicuci di pantry. Saya rasa dengan adanya sistem ini, semua golongan masyarakat tak kira pangkat atau latar belakang, menjadi rapat dan tiada hierarki. Walaupun saya sudah maklum keadaan  "no hierarchy"  ketika menetap di Belanda namun tradisi membuat kopi/teh ini amatlah mengkagumkan....Cer citer....kat Malaysia ade ke? eheehehehhee.....

Mengambil kesempatan berkenalan dengan lebih ramai umat manusia yang peramah belaka. Senyuman tak lekang di bibir. Ke sebab saya ni asyik senyum, depa pun malu kalau tak senyum balik? Hahahaha belasahhh....Selepas bersalaman dan memperkenalkan diri, saya yang terkenal dengan adat Melayu pun menghulurkan ole-ole dari bumi Belanda. Ingat nak bawa Stroopwafel yang berkaramel manis tu...tapi terlalu berat, lantas saya belikan aja biskut butter yang bergambar rumah-rumah Amsterdam. Apalagi, tersenyum lah mereka-meraka yang tak sempat sarapan pagi tadi! Lantas terdengar suara "Now, you are most welcome!" sambil disambut gelak ketawa riang beramai-ramai. SV terus berkata "You really know how to become popular!". Hahahahha, well akak sorang ni public relation memang superb, kalah lah orang marketing kalau masuk bidang tuh :P...


Selepas sesi kenal-mengenal, saya dibawa pusing seluruh bangunan, dari lab ke chilling room. Dari Professor to cleaner. Semua dah berkenalan....jangan you all tanya nama depa semua. 1% sahaja yang dapat lekat dalam kotak memori. Lain, esok lusa saya study nama mereka lagi! Selepas habis tour, tak tersangka lagi 1/2 jam untuk makan tengahari. Kedua-dua SV (all ladies you....SV ke-3 juga!) mengajak makan lunch! Kata mereka: "On your first day, all SV's should treat their Phd". Oh memang rezeki akak lah hokey! Walaupun niat di hati nak makan Swedish food tapi tak dapeklah jang....takda yang halal. Saya sapu vegetarian saja a.k.a Nasi goreng! ada jual ok di Sweden ni walaupun rasa macam nasi gorang bubuh rempah kunyit. Belasahlah labu..............

Selepas lunch, berhat sekejap sebelum meeting yang agak rasmi. Taklah rasmi mana, lebih kepada membincangkan schedule dan study plan. Menarik! Bombastik....Alhamdullilah setakat ini, ilmu-ilmu yang di pelajari di Wageningen yang banyak berjasa terutamanya berkaitan instrument di lab agak membantu. Banyak yang familiar...insyaAllah moga lebih dipermudahkan...Untuk individu yang suka memeramkan diri di dalam lab, memang tak sabar untuk memulakan experiment ;). Ketika tour lab, antara salah satu instrument yang ada, di mana tak ada seorang pun yang tahu menggunakannya (orang dulu tahu mungkin...), saya terus teruja dengan machine yang banyak mencalit memori suka-duka. Saya gelarkan "time machine". Ada cerita dalam post saya yang dulu. SV sedikit excited bila saya beritahu yang saya pernah menggunakan instrument itu lantas terus berkata: "Marie (SV ke-3) gonna loves you!". Ohhhh Makkk! Matilah eden ni ha....dah lah dulu insturment ni banyak meragut kesabaran....walau macam mana susah pun insyaAllah pengalaman yang ada mampu membantu sedikit sebanyak...

Alhamdullilah puas dah pusing keliling...semua tempat dah lawat, cuma nak pergi sendiri sekali lagi kenalah pusing cari ikut map. Navigation akak dah bengong. Tomtom nak cari jalan balik pun dah mengagau nak cari main entrance. Campur satu lagi kisah yang agak memalukan, sambil disaksikan oleh encik suami yang sudah tunggu di luar entrance. Akak yang sorang ni belum dapat pass card lagi. Nak keluar pun kena pusing main entrance. Pintu pusing automatik ala KLIA tu dah tak berfungsi. Lantas akak yang arif lagi bijaksana pun memulas tombol pintu ditepi. Haaaaa ambikkkk, siren emergency pun berbunyi!!! Paniklahhhhh apa lagi ;). Kebetulan ada 3 orang baru sampai dibelakang. Mereka tenang sambil menekan butang ditepi. Saya yang sudah malu-malu sambil menerangkan: "This is my first day ;P". Mereka tersenyum dan menjawab: "It;s okay, it happened alot!". Sambil senyum kambing saya pun berlalu selepas mengucapkan terima kasih. Dari jauh dah nampak encik suami sudah tersengih penuh makna. Hmmm....dalam hati sure kena ejek lah ni....(Memang pun!)

Okaylah....itu sahaja kisah hari pertama saya. Alhamdullilah...terukir sedikit memori yang indah. Mudah-mudahan perjalanan saya mencari ilmu di bumi yang masih asing ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya. Doakan segalanya dipermudahkan....Amin Ya Rabbal'alamin...

Wasalam....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...