Pages

Friday, December 09, 2011

Kenapa aku blog?

Soalan yang bagus! Ler dah setahun lebih blog baru nak kecoh ke? ehehhehe....Tanyalah diri sendiri ;)

Dulu aku blog sebab aku sunyi. Masa tu encik suami dah balik Malaysia kerja. Kami dah selalu long distance ni. Kalau si dia ada, tiap kali balik kerja atau balik kelas mesti dok luah segala benda, suka duka, bebel dan mengadu. Ada je yang pasti cerita ceriti. Encik suami pulak jenis pendengar yang baik. Dia dengar je, dan aku tak kisah dia betul2 dengar dan faham apa yang aku cakapkan...walaupun masuk telinga kiri kuar telinga kanan pun, 'memang Aiman tak kisah' (yelah mana nak faham lagi2 kalau hal2 kerja kan?). Aku bersyukur sebab ada orang nak dengar aku membebel lepas balik kerja.

Sekarang ini dan hampir seminggu bekerja di tempat baru, encik suami tetap setia hantar dan ambik kat tempat kerja. Jalan kaki tau! (Kau ade? eheheh)....time jalan kaki balik sama2, time tu lah sesi luah perasaan dan cerita tentang tempat kerja baru semua....Silaaaalah jeles ;P...walaupun tau tak lama sebab encik suami nak balik Malaya sudeyyyy ;(..

Berbalik kat soalan asal. Kenapa aku blog? Sebabnya aku dah cakap pun kat atas. Aku suka bercerita tapi bila encik suami balik takda sape aku nak citer. Kadang2 skype tapi kalau jadual tak kena, takde kami berborak. Jadi blogla tempat luah segala benda. Tempat letak benda merapu, kisah suka, duka dan lepas geram. Lepas tulis blog memang rasa legaa......Jadi janganlah korang expect isu2 negara, hal2 berat dan cerita2 yang serius dalam blog aku ni...tak dapat lah eh ;)

Selain aku update hal2 pasal diri untuk tatapan keluarga dan teman rapat, kat sini juge aku hanya borak-borak kosong. Terima kasih yang sudi melawat di ruang omong-omong kosong ini....

Bila kita bercerita, mesti kita mahu ada yang mendengarnya.......


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...