Hujung minggu memang dinanti semua orang. Bagi saya, hujung minggulah masa untuk melepas rindu dengan keluarga tersayang. Kalau dulu skype & YM tapi sebab internet kadang2 macam siput, buat potong stim nak bergossip dengan Mak dan adik bradik pompuan yang lain..makanya selalu telefon saje. Boleh pass telepon dari sorang ke sorang...
Alhamdullilah...dah seminggu lebih di bumi Lund, hujung minggu masa untuk buat report kepada keluarga. Cerita ceriti kisah hidup baru disini. Yelah, Mak saya mana bukak internet. Kakak dan adik beradik lain selalu maklum dengan status kat FB atau di blog. Tapi dengan Mak kita cerita 'live' lagi best ;)
Hari ini buat panggilan dari Sweden ke Banting lebih sejammm! Puas hati akak ;P...Terima kasih Low Rate Voip kerana cas 0.015 sen seminit saja. Puaslah borak lebih sejam dengan kos tak sampai 1 euro ;). Bila hujung minggu boleh kata semua berkumpul di rumah Mak. Kebetulan memang hari ini ada sedikit majlis di rumah Mak.
Ni dok promote agak2 dapat komisyen tak dari depa nih? ehehe...
Alhamdullilah hajat nak buat doa selamat termakbul. Memang ada sampaikan hajat ke Mak minta buat sikit doa selamat untuk memulakan hidup baru dan sambung belajar di Sweden. Dah menjadi kebiasaan setiap kali saya memulakan sesuatu yang baru tak kira sambung belajar atau mendapat kerja memang keluarga akan mengadakan sedikit kenduri doa selamat.
Kenduri doa selamat secara kecil-kecilan telah diadakan siang tadi. Sekaligus menyambut hari lahir Adam Harris yang ke-2, doa selamat untuk Ucu yang akan menyambung pengajian dalam bidang Seni Bina di Polimas, Kedah dan untuk saya yang juga menyambung Phd dan memulakan hidup baru di Sweden. Alhamdullilah semoga semuanya diberkati Allah....
Yang pasti, gembira dapat mendengar celotah masing2 di telefon. Jadi tak hairanlah boleh bergayut lebih sejam ;). Kadang sedikit sedih bila keluarga berkumpul, saya selalu tiada bersama. Mak selalu yang paling terasa walaupun dah biasa dengan ketiadaan saya. Jangan risau, walau jauh tapi tetap dekat di hati...walau beribu batu, kalian tetap dikenang dalam doaku...
Terima kasih Mak sebab uruskan kenduri doa selamat. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar, dipermudahkan dan diredhai Allah.
Akhir sekali:
HAPPY 2nd BIRTHDAY ADAM HARRIS BUSYUKKK!!
Miss you a lotttt~
Adam & Papa Mama
Adam yang cheeky, AcikLa nak gigit2 dia...;P
GOOD LUCK UCU!!
All the best in pursuing your dream and ambition~! Chaiyokkkkkk!
Ucu dan Adammm busyuk! Ucu selalu jadi baby sitter anak-anak buah kami ;)
Untuk Mak terutamanya dan seluruh ahli keluarga tersayang,
Salam sayang dan rindu dari bumi Sweden ;)
Mak saya yang selalu vogue ;)
MUACKKKSS!!





No comments:
Post a Comment