Hari pertama lagi dah update nama depan bilik...efisyen!
Ruang bekerja yang cukup selesa...alhamdullilah...
"My favourite spot from now on!"...cukup selesa untuk baca jurnal, tak lah sakit pinggang akak ni noks!
Minggu pertama seperti biasalah membaca jurnal yang berkarton2 dibekalkan oleh SV. Jadi berketuat juga montot dan pinggang duduk kat kerusi 3-4 jam. Jadi, marilah manfaatkan sofa lembut siap dengan lampu untuk membaca jurnal anda. Selesa? Haruslaaaahhhhh....."that's my spot!" bak kata Sheldon dalam The Big Bang theory ( tak tau? pi lah google atau cari kat youtube ;P).
Akak tak suker tul dengan gambar kat kad access nih....senget? Tak faham...hahahaha....
Akhirnya dapat juga kad access untuk masuk pintu. Bukan setakat pintu, lift pun kalau tak swipe kad access, hangpa ingat lift nak gerak? Doklah kat lift yang tak gerak terkebil2 macam orang buduh ;P. Hehehe akhirnya taklah menyusahkan SV pagi2 call minta bukak pintu masuk. Hari ke-5 baru dapat.. Apa nak buat secretary department agak busy ;)
Personal mailbox bersama surat pertama saya....tu pun nak tunjuk ke kak? Hahaha....
Mari kita tengok apa ada dalam folder....
Surat dalam Swedish yang saya tak faham....
Welcome guide untuk orang baru...
Orang baru...baca jangan tak baca....ehehehe....
Oh bagi yang mungkin tertanya, saya ni belajar atau bekerja? Kalau tak salah saya, untuk university di Europe, seorang calon Phd adalah di anggap sebagai staff universiti yang mempunyai tanggungjawab terhadap research dan kerja-kerja department termasuk mengajar dan melatih student Master atau bachelor. Untuk calon persendirian seperti saya, saya bekerja untuk department dan diberikan gaji setiap hujung bulan (selain biasiswa penuh dari universiti untuk yuran pengajian). Sesetengah pelajar Phd yang datang dengan biasiswa masing-masing dari institusi atau negara masing-masing tetap dianggap staff cuma tidak diberikan gaji oleh universiti.
Pintu masuk department di tingkat 2 di mana tempat saya berada...
Ruang masuk utama di tingkat satu di mana di hujung koridor, pintu adalah sentiasa berkunci....
Lengkap, bawa je barang mentah, dah boleh buat roasted chicken lagi ;)
Ruang makan untuk coffee break atau lunch...
Gambar-gambar di atas adalah sekitar pemandangan di department saya, Food Engineering, Lund University. Itu sajalah update tentang perkembangan hidup terbaru saya. Alhamdullilah, sikit-sikit lama-lama makin betah di tempat baru. Juga kurang tersesat harap2nya ;)...
Satu lagi officially, teman saya akhirnya selamat menamatkan perjuangan Phdnya. Tahniah Dr Azizi A. Aziz atas kejayaan yang sungguh membanggakan.
Akhirnya bergelar Dr Azizi
Gambar masa graduation MSc saya, tunggu gambar Dr Jiji tak keluar2x....ehehehe...
InsyaAllah jejakmu akan diikuti dan menjadi pembakar semangat untuk teman-teman yang masih setahun jagung dalam perjuangan Phd. Amin.....
6 comments:
hye hisfazilah.. salam perkenalan. i really love to read your blog just to read bout ur life journey there in sweden. :)
hye hisfazilah.. salam perkenalan. i really love to read your blog just to read bout ur life journey there in sweden. :)
Lor... patutla i baca journal tak masuk2, rupanya tak de "that's my spot" couch selama ni. Will look for one nak letak kt my lab jugak (dgn harapan lebih produktif) hahahhaah
Wow, macam bagus jugak fasiliti kat department kat sana
Maaf lambat reply. Agak busy lately...
Mrs. Qarlista - selamat berkenalan. Thank you for reading and visiting my blog ;) Really appreciate that!
Azleena - hahaha I pun tak sangka ada sofa tu bila2 1st time sampai...memang selesa sgt lagi2 mahu sakit pinggang duduk kat meja je..i hope to be more productive laa...takut krg selesa sgt boleh tertido ;P
Imran@ Copenhagen - alhamdullilah, boleh dikatakan fasiliti di sini memang selesa...
as-salam
saya iza dr malaysia and tengah cari maklumat pasal belajar di uni of lund.luckily i found you!saya berhasrat nk smbung phd di sana under green chem department. just ask ur opinoin, ok ker belajar di sana?bolehkita bercommunicate di email? tq
Post a Comment