Pages

Friday, December 30, 2011

Winter & Christmas 2011

Tahun 2011 bakal berakhir. Cerita tentang akhir tahun tak lain kalau kat sini, musim sejuk dan cuti Christmas yang panjang. Namun winter kali ini sangat dull. No snow at all and of course no white christmas. Oh snow turun beberapa kali tapi sebab suhu tak cukup rendah, terus mencair. Tak macam tahun lepas.....dah macam kat World of Narnia!


Jom layan gambar2 winter lama....2007, tahun pertama jakun tengok snow. Tapi 2007 dan 2008, snow tak banyak sangat turun...


Winter 2009, golek2 dalam snow bersama Izan

Winter 2010

Winter 2010 bersama Yana & Loo Wee

Winter 2011, bersama encik suami tapi snow takdak!

Sejak 4 tahun lalu, berhijrah ke tempat baru selalu pada hujung tahun atau dikala winter. Teruja dengan snow walaupun kali ke-5 winter, snow tetap menjadi favourite! Di tempat baru, Lund sayangnya snow tak turun. Begitu juga di Holland. Tahun ini, snow seakan malu-malu....;(. Tak tersampai hajat nak benam encik suami dan kmbus dengan snow banyak2 tahun ni...Selalu time winter encik suami mesti balik Malaysia. Walaupun tahun ini dia dapat merasa winter tapi snow pulak tak turun. Potong stim betul!

Bercerita tentang perayaan Christmas, biasalah kalau dah duduk kat tempat majoriti meraikan, terasalah tempias2nya walaupun tak sambut. Cuti panjang sudah semesti! Aktiviti ada gak didepartment. Kalau tahun2 sudah, di Holland lebih kepada meraikan Sinterklass pada 5 December. Krismas pun sambut cuma tak semeriah Sinterklass. Konsep sama cuma Sinterklass, Santa Claus versi Belanda.

Glemer jap amik gambar dengan Sinterklass dan Zwart piet (pembantu dia), 2009




Kenangan bersama kawan2 di Wageningen, NL

Kalau di Lund, sambutan Christmas juga tak kurang hebatnya. Siap ada countdown dari hari pertama hingga Krismas. Dalam bentuk coklat terutama untuk kanak-kanak ;).

Gambar contoh, satu hari satu coklat boleh buka sampailah Krismas.

Kalau di Belanda, sempena Sinterklass, mereka akan bagi Chocolate letters ikut nama masing2x. Ynag ini saya punya untuk tahun lepas....;)

Selain itu, di Sweden menyambut upacara St. Lucia ataupun Celebration of Light pada 13 Disember. Menyambut kedatangan cahaya untuk musim sejuk yang gelap dan sepi. Mereka juga memasang lilin di tingkap sepanjang bulan Disember. Selain menyanyi choir bersama lilin bersama Lucia (ketua) yang dilantik. Lucia juga akan dipilih disetiap tempat dan Ratu Lucia adalah antara yang bakal2 menjadi Ratu Cantik Sweden ;)

Lilin elektrik pun bole ;)

Lucia girl for St Lucia Celebration in Sweden. (Source: google)

Selain itu, department menganjurkan pertandingan membuat Gingerbread house sempena Krismas. Okay, part yang menarik. Jakun jugak sebab belum pernah mencuba. Penyertaan dalam kumpulan, mujur encik suami sangat memberi kerjasama untuk ikut serta.




Inilah rupa Gingerbread kami ;)

Kemuncak yang paling pelik tapi benar, tradisi menonton Donald Duck pada hari Christmas jam 3 petang adalah satu kewajipan bagi golongan bukan kanak-kanak! Kenapa??? Jawapannya: pada zaman mereka menjadi kanak2 dalam 20-30 tahun lalu, Disney channel bukanlah siaran yang mudah ditonton seperti zaman sekarang. Jadi mereka akan ternanti2 program Donald Duck ini yang pasti akan disiarkan pada hari Krismas jam 3 petang. Mereka tetap meneruskan tradisi ini sehingga sekarang!!

Pelik tapi benar! Donald duck & Christmas at 3!!

Itulah seperti orang cakap, lain tempat lain cara. Setakat ini, macam2 budaya dan cara hidup yang saya belajar ditempat orang. Bila musim perayaan, jelas tergambar kegembiraan di muka masing2 di sini, lebih2 lagi untuk bercuti panjang dan menyambut bersama keluarga masing2x. Seperti mengingatkan saya akan persiapan bila nak menyambut raya di Malaysia.....tak sabar nak balik raya tahun depan!

Yang ini selingan, takde kena mengena dengan topik:

Saat ini, terkenang kampung halaman dan semestinya esok, kenduri cukur jambul, berendoi merangkap aqiqah untuk anak buah tersayang Tiara Nathania Amani. Juga kenduri doa selamat anak buah yang bersunat, Muhammad Al-Qayyum.



Tiara yang bakal glamour esok jadi princess ;)

Adek yum yang berani dan berjaya bersunat! Cayalah dek!

Okay2...dah takleh tulis lagi....karang ade yang meraung homesick ;P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...