Aku memang tengah mode busy dengan thesis. Minggu ini sibuk dengan nak analisis data. Kalau ikut dah 2 minggu lewat dari target. Instrument mogok dan software pulak merajuk! Asiklah crash. Pulak SV suruh tambah2 skit2 lagi kerja.
Sekarang buat kerja dari rumah aja. SV suh install software untuk analisis data kat personal computer. Dia malas nak mintak approval ICT untuk install kat komputer aku kat lab. Yelah memang amik masa. Semalam satu hari aku dah godek software tapi asik error. Mula2 takleh install sebabnya SV bagi installer tak lengkap. Pastu dah install asik error je. Memang masa test data kat computer SV dah ada error. Lepas cuba copy kat template file dia yang dulu2 boleh pulak run. Tapi bila aku run kat computer aku errorrrrrrr!!! Dah berjuta lemonnnn dah cuba!
Instrument yang buat tidur ku tak lena! Nak tahu lanjut klik sini
Error message yang dah muak aku tengok!
Aku sampai tahap malas dah nak communicate guna email dengan SV. Mahu dia pun naik stresss! Aku kat rumah pun dah stresss gak nih! Mendidihhhhh! Kalau tanya dia pun cakap tak tahu nak wat apa. Jadi cemana aku nak siapkan thesis ni? Instrument ni dari dulu lagi dah buat hal. Dekat 7 bulan buang masa hampir tiap hari cuba run. Tak pernah berjaya. Tapi dengan kesabaran akhirnya sebulan sebelum berakhirnya lab aku, instrument ni mula nak bagi kerjasama. Bila dah buat experiment half way, pulak dah mogok lagi! Aku teruskan jua. Sekarang menderita nak analisis data.
Rasa menyesal pulak nak pi buat extra month. Memang niat di hati nak belajar lebih, memang minat agak mendalam. Dari semangat meninggi langit sekarang dah macam air pasang surut....;(. Sedikit geram dengan SV yang seperti nak lepas tangan. Apepun, dah 2 hari dok buang masa nak analisis part ni je. Kalau tak dapat run software, HI HI BYE BYE!! Aku tinggal je data2 ni walaupun bagai nak giler buat experiment dulu. Data2 dan results experiment lain dah melambak! Lebih dari cukup untuk thesis ini.
Apepun, Ya Allah berikanlah kesabaran dan hidayah untuk aku terus berjuang...


3 comments:
All the best yang! Respect tau pada orang-orang yang belajar tinggi ni :)
chaiyok chaiyok....
Huda, thanks a lot ye ;). masih byk perlu belajar dan dipertingkatkan. di tahap ni terasa ceteknya masih ilmu di dada..
Qay, thanks! Perjuangan akan diteruskan ;)
Post a Comment