Aku terbangun seawal jam 4 pagi. Lebih kurang 15 minit sebelum masuk waktu Subuh di Belanda. Seperti tidak mahu lagi pejam, terkebil-kebil memandang malam yang masih bersisa yang sudah pun dihiasi kicauan merdu burung. Pagi yang indah dan penuh dengan hidayah kurniaan Ilahi. Tidak terluah dengan kata-kata, pabila idea-idea dan teori melimpah ruah diselangi dengan gambaran jelas terbayang diruang minda. Seakan struktur-struktur bahan kajian ku menari-nari dan meletakkan diri 'mereka' di mana yang sepatutnya. Iya, segala jawapan untuk kajian-kajian ku seperti di hantar kotak fikiran. Tergambar jelas secara visual seperti 'slides' powerpoint yang lengkap dan sudah siap untuk dibentangkan.
Meloncat dari katil, lantas aku capai pen and buku jurnal. Tercatat segala yang bermain di minda. Ya Allah, aku bersyukur kepadamu....Segala susah payah, perit jerit selama 7 bulan ini seperti terhapus dengan hidayah yang Engkau turunkan. Hidayah yang tidak ternilai di pagi Jumaat yang barakah...Amin. Seperti mahu menangis terharu kerna sayangnya Engkau dengan hambamu, walaupun diri ini sering lalai dengan nikmat-nikmat yang diberikan.
"Ya Allah, aku hamba mu kerdil lagi hina. Janganlah Engkau jauhkan ku dari hidayah-Mu. Janganlah Engkau jadikan diriku dikalangan orang-orang yang tidak bersyukur akan segala nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan...Amin Ya Robbal 'Alamin..."
p/s Mak, terima kasih di atas doa Mak. InsyaAllah berkat doa Mak, saya pasti akan berjaya.....
No comments:
Post a Comment