Pages

Friday, March 04, 2011

Oh Cili!


Adehhhh....penat taip-taip di iPhone tapi rupa2nya dia merajuk ke ape? Send gambar ke, ceritanya mana? Mungkin ada kesilapan  teknikal ye kawan2. Maaflah kalau ada yang kecewa tengok gambar tapi takdak cerita ;P (ade ke?)

Nak cerita betapa puasnya hati dapat akhirnya makan lauk idaman hati. 'Sambal belada Ayam' super pedassssssssss!! Lama dah tak merasa sebab sejak dua menjak, encik suami ada, makan pun tak boleh pedas sangat ;P. Bukan encik suami tak makan pedas cuma taklah terlalu pedas sebab beliau takut apendiknya pun turut menerima nasib yang sama seperti saya. Semasa nak masak, encik suami dah siap jeling-jeling ke dapur sambil sibuk 'warning' jangan letak cili padi banyak2. Hanya sesetengah orang je boleh tahan tahap kepedasan saya ni.

Cerita tentang bab makan pedas, saya, Kak Long dan Kak Ngah serta adik beradik lelaki dalam keluarga antara yang paling kuat pedas. Tapi juaranya pastilah saya dan Kak Long sebab kami mendapat anugerah 'Tanpa Appendik' lagi ;). Kawan2 saya di Rotterdam telah saya 'train' untuk makan pedas walaupun ada yang langsung tak biasa, hinggakan sekarang ni boleh bagi markah lagi! Hebat tak diorang?

Apepun, jangan ikut aksi kami! Bahaya ye adik-adik...Tapi cili tetap idaman hati ;)

2 comments:

MsNiniE said...

itu la...ingatkan ko post gmba je...mcm ala2 wordless post...haha,,siyes nmpk sedap..mmg sedap pon..teiba2 lapa kan memalam ni..haha

Hisiq said...

ehehe aku blog guna phone. aku baru perasan bila aku email gmbr aku xleh type bawah gmbr. kena atas gmbr tu baru kuar ayat2 tu...ceh sengal tul ;P

sedap? nnt one day aku masakkan ok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...