Pages

Saturday, March 05, 2011

Ohhh 3 kali tambah!

Hari ini hari Sabtu. Agak lapang dan agak rileks. Macam biasa hujung minggu saya selalu buat panggilan 'rindu' ke kampung ;). Lama juga tak 'call' sebab 2 minggu lalu agak sibuk dengan jalan-jalan ke Spain dan minggu lalu aktiviti agak padat, ke Zoo dan jadi tukang masak untuk 'party'. Nanti saya cerita lah di lain post.

Banyak sebenarnya nak tulis tapi masa agak terhad. Balik lab akhir-akhir ni asyik lewat. Paling awal jam 6-7 malam. Paling lewat hampir pukul 9 malam. Kesian juga encik suami, tapi di minggu-minggu hampir berakhirnya thesis ini, banyak yang perlu diselesaikan. Selalu sampai rumah, selepas amik nafas 5 minit terus mula memasak. Lepas makan malam dan berehat, jam 10 sampai sudah zzZZZZZ....Penat! Maaf ye, saya memang malas nak cerita pasal thesis saya dan hal-hal yang serius. Polisi saya, "No work at home" kecuali jika terpaksa. Jadi nak cerita pasal kerja lagi-lagi dalam blog tempat saya merehatkan minda, memang saya malas. 

Okay dah lari tajuk asal ni, sambung tujuan asal saya ber'blog'. Hari ini bila saya 'call' Mak, sambil melepaskan rindu, dapat juga idea nak masak apa. Saya selalu tanya : "Mak masak apa hari ini?". Macam biasa Mak saya selalu cakap biasa-biasa aja kerana dia tak sampai hati nak buat anak dia terliur ;P... Tapi kali ni sebab saya nak cari idea masak apa, Mak pun cakaplah, "Terung masak belacan tapi Lina (adik saya) yang masak hari ni". Lepas tu Kak Long yang kebetulan ada kat rumah Mak mencadangkan lauk "Ikan sumbat bercili". Woahhhhhh kalau bab bercili memanglah saya suka! Apa lagi lepas dengar resepi saya pun yang kebetulan mahu ke pasar, mencari ikan segar ;). Memang mantaplah resepi tuh! Lagi-lagi dengan terung goreng belacan tu. Encik suami pula, lepas sejam terus berdengkur kekenyangan ;).

 Jadi inilah hasilnya!!




Oooohhhh 3 kali tambah okey!

2 comments:

MsNiniE said...

lapaaaaaaaa di tgh malam

Hisiq said...

hahahah yelah sana malam bila aku post..xper sana senang nk dpt mknn...

leh korek dapur kot? sure mak masak tu ade leftover...aku yg jeles ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...