Saya dan suami bukan selalu dapat bersama. Tapi bila kami dapat 'berdua lebih baik', InsyaAllah kami cuba memanfaatkan dengan sebaiknya. Mungkin karier beliau yang perlu berkelana di lautan biru terpaksa memisahkan kami selama paling kurang 2 bulan, jadi hiduplah kami dengan cara PJJ.
Namun, situasi saya juga membuatkan kami sudah lama PJJ, sejak 3 tahun lalu. Bila punya kesempatan melawat saya, kami tak melepaskan peluang untuk cuti-cuti Europe.
Sepasang 'couple' yang sungguh romantis di Valencia, Spain
Selain bercuti-cuti, kami juga saling mengenali budi bicara, perangai dan apa jua tentang diri masing-masing. Seperti yang saya pernah baca di sumber yang tidak dapat diingati, proses mengenali tidak terhenti bila satu pasangan itu sudah berkahwin tetapi masih berterusan selepasnya.
Ketika di Valencia, Spain sedang kami bersiar-siar menikmati bandar yang penuh dengan buah oren itu, dihadapan kami sepasang 'couple' yang berusia 'emas' berjalan berpegangan tangan menuju ke pasar. Betapa bahagia nya melihat mereka lantas saya bertanya sang suami; "Kalau kita sudah tua, abang akan pegang tangan b (saya lah tu) lagi tak?". Dengan tidak berharap jawapan yang memberansangkan sebab encik suami malas melayan karenah serta angan-angan saya kadang-kadang ;P. Namun suami mengangguk seraya berkata "Ya.." dengan nada yang agak serius. Agak terkejut namun tanpa sepatah kata selepas itu. Ia cukup buat hati saya berbunga-bunga.
Doakan kami bahagia dan cinta kami kekal hingga ke hujung nyawa macam pakcik dan makcik di dalam gambar ini ye ;). Aminnn.....
4 comments:
aminnn...pray for both of..a lovely couple as always...forever ;)
ameeennnnnn
Amin.. :)
Amin... terima kasih kawan2 atas doa kalin ;)
Post a Comment