Pages

Monday, March 21, 2011

Patut kah?

Hari ini aku ke lab setelah seminggu berhibernasi kerja dari rumah dan library. Seperti biasa harini ada 'department meeting' dan selalunya ada 'presentation' dari kawan-kawan seperjuangan. Salah sorang kawan tamat harini dan present final project dia. Hong berkongsi SV dengan aku. SV yang aku dok stress tu...Last week aku ade cerita pasal dia.

Harini pun nak meluahkan perasaan pasal dia gak. Bukan apa, Hong, kawan aku buat final presentation dia harini, tapi (SV I) yang merangkap PhD student yang buat daily supervision & tahu menahu apa yang kami buat patutnya berada di sana. Tapi tak datang! Alasannya, dia ada experiment yang dia dah book instrument tu! Experiment tu pun aku pernah buat. Bukan buat sendiri sebab technician ada kat sana buat semua benda. Instrument tu mahal memang hanya sorang je boleh handle dari department kami. Jadi alasan untuk tak datang presentation student dia, memang alasan tak kukuh. Bagi aku macam lepas tangan je!

 Aku memang rasa pelik lah! Kami berdua je student dia. Dah tentu kalau kami present final dia patut tahu. Untuk bab aku, SV aku tu sendiri yang set kan tarikh nak present. Aku tak pasti Hong macam mana, tapi patut kah dia tak datang?? Sekurang-kurangnya untuk moral support. Juga untuk cover soalan2 dan info yang perlu ditambah bila ada soalan2 berbangkit. Syukur Hong dapat jawab soalan2 dengan tenang. Kalau tak mampu tak payahlah amik student sampai 2 orang, kalau rasa tak terjaga. (Pengajaran yang patut diambil!)

Yang bikin aku panas, haritu dia (SV I) tanya bila aku present sebabnya ada org tanya dia, dia tak ingat. Mana nak ingat, bila pi set kat schedule aku, dia tak take note pun. Plak ni, sekarang SV II (lecturer) bagitau yang dia tak free Isnin depan the whole week. Haru tak?? Macam aku pulak yang tak organize betul2 dengan SV II. Padahal SV I yang set date ni utk aku. Tapi takde pulak cakap suruh aku follow up dgn SV II. Kalau suruh aku set sendiri, then okaylah boleh diterima.

Memang agak geram juga. Lagi2 aku dah plan dan inform boss kat office pasal final presentation aku dah set Isnin depan. Sekarang ni dah anjak seminggu lagi yang mana aku dah patut masuk kerja. Memang aku dah inform boss kat office schedule aku dah lewat 2  minggu dan ada kemungkinan aku lewat masuk kerja tapi aku cuba pulun siapkan report dan kalau boleh akhir bulan ni setel semua.

Malas nak cerita banyak lagi. Yang penting aku nak cepat2 setel seme dah. Kadang2 memang bagus jadi independant, tapi geram gak kalau org asik lepas tangan je...

Ok, itu aje kisah lepas geram saya....

2 comments:

Madam Sooyaree said...

Sabar yang! Coobaaannnnnn...

Hisiq said...

InsyaAllah masih bertahan. Ni kes lepas geram dan terkilan ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...