Alhamdullilah....selamat tiba di tempat baru. Tepat sekali dengan masa, seperti membuka jurnal hidup baru ditempat baru pada tahun baru yang baru menjelang. Selamat Tahun Baru 1433 Hijriah, bersamaan 26 November 2011. Biarlah kisah yang lama ditutup, dijadikan sebagai pengalaman hidup samada suka atau duka. Tutup buku lama, buka buku baru ;)
Baru saja 3 hari menjejakkan kaki di bumi Lund. Bandar yang lebih dikenali sebagai bandar universiti dan lembah research. Bandar yang agak kecil berbanding Malmo, bandar ketiga terbesar di Sweden. Sebenarnya bukanlah pertama kali datang ke Lund. Kalau masih ingat kisah tempat jatuh lagikan dikenang, post saya pada bulan Jun yang lalu. Disinilah tempat saya terjatuh, terduduk dan tersembam dari basikal. Memang seakan berjodoh untuk kembali ke sini. Saya tergolek dari basikal semasa bersiar-siar menikmati keindahan alam musim panas di Lund. Kenangan...kenangan....
Saya sertakan gambar-gambar sekitar musim panas di Lund. Sekarang ni dah masuk musim sejuk, suasana agak kelam, mati dan kaku tanpa kehijuan pokok-pokok yang sudah togel daunnya ;). Jadi tak menarik nak letak gambar pun :p
Bandar kecil Lund
Majlis graduasi pelajar-pelajar yang agak menarik. Masing-masing mengibarkan bendera negara mereka. Bangganyaa....InsyaAllah masa saya akan tiba ;)
Kemeriahan Bandar Lund
Persoalannya: Kenapa saya ke Lund sebelum ini? Ya, memang saya tak bagi tahu tujuan asal ke mari sebelum ini. Sememangnya nak menjenguk MekNa yang belajar 2 bulan di Lund ketika itu (macam exchange student), sambil jalan-jalan cuci mata. Namun ada urusan yang lebih penting yang membawa saya kembali ke bumi Lund ini 6 bulan kemudiannya.
Berjemur di musim panas bersama MekNa
Keindahan musim panas di Lund. SubhanAllah cantik....
Saya telah menghadiri interview untuk biasiswa PhD di Lund Universiti pada 1 Jun 2011 sebelum menjadi kisah jatuh lagikan dikenang itu. Alhamdullilah....syukur seperti yang telah saya war-warkan sebelum ini, rezeki berpihak kepada saya di antara 150 calon yang lain. Maka kembalilah saya di sini hari ini. Alhamdullilah....
Hati berdebar sebelum interview, namun masih mampu tersenyum...
Muka gembira lega selepas interview. Dihadapan bangunan universiti yang bakal menjadi 'rumah' untuk 4 tahun lagi..insyaAllah...
Album-album musim panas di Sweden sememangnya belum sempat di upload di FB. InsyaAllah, tengoklah kalau ada masa nanti.
Buat masa ini, banyak urusan yang perlu diselesaikan sejak 3 hari sampai. Sempat uruskan resident permit di imigresen yang terletak di Malmo. 2 hari berturut-turut pergi sebab hari Rabu rupanya tutup. Semalam pergi kali kedua awal pagi. memang maklumlah kalau dah imigresen, kat mana-mana pun memang sibuk. Satu jam jugalah menunggu untuk urusan cuma 5 minit di kaunter.
Bandar Malmo ketika musim panas, 25 minit dari Lund (bas) atau 15 minit (train).
Tapi sempatlah kami pusing 2 kali bandar Malmo. Hari pertama, cari simkad untuk prepaid nombor Sweden dan kad diskaun untuk public transport. Kalau kat Holland OV-card, kat sini JoJo card. Hari ke-2, selepas urusan imigresen, kami pusing-pusing, dapatlah jumpa kedai ayam dan daging halal dan restoran Thai yang halal. termasuk yang paling best, supermarket China untuk barang-barang dari Asia dan pasar Tani. Ohhhhh happyyyy!! Keperluan asas hidup bila tiba ditempat baru. Dapat cari barang keperluan makan....oh harusss ;)
Set makan tengahari halal di Restoran Thai Malmo, harga 65 Kr
Muka akak ni happy dapat makan nasi tengahari ;)
Pasar Tani yang macam Pasar Blaak Rotterdam...oh rindunya!
Kedai ayam daging halal di Malmo tak jauh dari Restoran Thai tadi...
Last sekali, supermarket Cina walaupun taklah sebesar Wan Nam Hong Rotterdam tu...tapi cukup happy lah dapat cili padi, tauhu, sayur hijau dan sewaktu dengannya.... ;)
Alhamdullilah....setakat ini urusan untuk menyesuaikan diri di tempat baru berjalan lancar. Lega juga rasa hati sebab ditemukan dengan sepasang suami isteri dari Pattani yang sudah lama menetap di Lund. Bekas guru agama yang kini telah pencen. Alhamdullilah, syukur di pertemukan dengan orang-orang yang baik di bumi yang masih asing ini. Ketika ini kami menetap di rumah mereka yang sebenarnya salah satu bilik di rumah mereka memang sengaja di sewakan untuk membiayai kos menanggung salah seorang anaknya yang belajar di UPM (Msia). Namun, kami dalam proses mencari apartment dan setakat ini ada 3 dalam pilihan. Semalam sudah menjenguk salah satu dan 2 lagi dapat jenguk esok dan hari Isnin akan datang. InsyaAllah, setakat ini urusan mencari rumah lebih mudah bila sudah sampai ke sini...
Banyak lagi perlu diuruskan dan perlu belajar...tapi insyaAllah kami cuba sebaik mungkin. Setakat ini ajalah 'update' kami dari bumi Sweden buat keluarga dan teman-teman rapat yang menati berita dari kami.
InsyaAllah ada masa saya tulis lagi!
Wasalam....
Banyak lagi perlu diuruskan dan perlu belajar...tapi insyaAllah kami cuba sebaik mungkin. Setakat ini ajalah 'update' kami dari bumi Sweden buat keluarga dan teman-teman rapat yang menati berita dari kami.
InsyaAllah ada masa saya tulis lagi!
Wasalam....
4 comments:
alhamdulillah...mcm nak nangis pon ada...susah payah ko kat rantau org...huhuhuhu...
Dila,aku br update blog yg dah bersawang...hahaha
http://letstalksweetheart.blogspot.com/
harap aku ada duit untuk pi sana pulak. Aminnn ;)
tahniah from silent reader:) semoga perjalanan mencari ilmu di redhai Allah..
tahniah dila.. moga dipermudahkan semuanya.. :)
Hasni- thanks for dropping by. Alhamdullilah...syukur dah mula adapt with new life. Mmg susah, ade rasa homesick etc...but lucky to have Iqbal around....
aku doakan rezeki ko murah utk smpi ke sini ;)
Mother of Two- thanks for visiting...insyaAllah mudahan dipermudahkan dan diredhai Allah...amin..
Cik Balkhis- terima kasih ;)...mudah-mudahan...amin..
Post a Comment