Pages

Tuesday, October 18, 2011

Apa hala tujuan selepas ini?

Tangan gatal nak menulis. Bukan apa, bila mood menulis datang, idea datang mencurah-curah. Bila kena dengan masanya yang cantik, memang jadilah!

Sekarang ni pun bukan banyak kerja semenjak dah tak kerja. Cuma lama tak berblog sebab mood tak mai...Takde benda nak tulis sangat. Ade gakla...terutama majlis Graduation Master degree baru-baru ini (takla baru sangat, ada dekat sebulan dah).

26 September 2011, Wageningen University, The Netherlands
(Bersama suami tersayang di hari bersejarah)

Alhamdullilah, setelah hampir 3 tahun belajar secara part-time, akhirnya segulung ijazah sarjana sudah di genggaman. Syukur tak terhingga.....So next? Satu persoalan....

Seperti tajuk kita hari ini. Apa hala tujuan selepas ini? Ada beberapa kawan/teman/sahabat yang mengutarakan persoalan itu selepas tamat Master degree. Seperti yang sudah sedia maklum, Alhamdullilah dikurniakan rezeki oleh Allah...untuk menyambung pengajian di peringkat PhD di Lund University, Sweden. InsyaAllah pengajian bermula bulan Disember 2011 yang akan datang.

Belum pun bermula pengajian, namun ada suara-suara teman yang saya kira sedikit concern bertanyakan tentang tujuan saya menyambung PhD, hala tuju dan perjalanan karier serta pekerjaan apa yang bakal saya miliki. 

Antara pertanyaan yang bermain difikiran mereka:

"Kau nak jadi Professor ke?"

"Apa hala tujuan lepas Phd? Nak kerja apa?"

"Ada ke bidang kerja kau di Malaysia nanti?"

"Kalau kau nak buat research, universiti kat Malaysia bukan research university, grant projek pun tak banyak"

Lainlah kalau kalau kau taknak balik Malaysia. Nak kerja kat oversea?

dan lain-lain lagi.....

Itulah antara persoalan-persoalan teman-teman yang concern dengan diri saya ni. Terima kasih banyak-banyak kerana prihatin. InsyaAllah, dalam hidup kadang-kadang kita tahu apa yang kita mahukan, kadang-kadang kita masih sedikit blur dengan jalan yang kita tuju atau kadang-kadang goal yang kita tuju mungkin akan berubah di tengah jalan. You never know....untuk menjawab persoalan-persolan tentang masa depan, mungkin sedikit sukar kerana apa yang akan jadi di masa depan, bukan lah kita yang menentukan tetapi dengan usaha, tawakkal dan rezeki yang diberikan, InsyaAllah....kita boleh mencapai apa yang dihajati...


Tertarik dengan kata-kata di atas. Life is about creating yourself. Teringat kata-kata bekas majikan saya, "Brand Yourself!". Inilah yang masih saya lakukan. Belajar, belajar dan terus belajar.....kerana saya tahu, ilmu itu takkan rugi kalau kita dampingi. Lebih berkat kalau kita berkongsi. Salah satu yang kita bawa masuk ke kubur, ilmu yang bermanfaat. MashaAllah....bayangkan pahala mereka yang bergelar guru. Tak kisahlah kalau kita jadi guru pada kawan kita sekalipun...

Berbalik tentang hala tuju hidup tadi, saya yakin setiap orang ada aim dalam hidup. Walau bagaimana cara, usaha dan ikhtiar untuk mencapai apa yang dihajati, semua berbalik pada ketentuan Allah. Kadang-kadang apa yang kita hajati bukanlah baik untuk kita (ini saya quote kata kawan saya). Tapi saya pernah mengalami bila mana cita-cita semenjak kecil nak jadi doktor perubatan tidak tercapai. Namun saya bersyukur kerana sememangnya pekerjaan yang memerlukan semangat juang yang tinggi untuk bertarung dengan luka dan darah bukan sesuatu yang mampu saya hadapi. Sehingga sekarang saya bersyukur dengan apa yang Allah tentukan dan kurniakan. Yang penting "I never give up".

Untuk menjawab apa lagi persoalan lain, saya tidak mampu untuk memberikan jawapan yang jelas. Kemana hala tuju saya, yang pasti 10-years-goal telah saya lakari. Hanya dengan izin Allah, mungkin impian saya akan terlaksana. Kita mampu merancang, hanya Tuhan yang menentukan. Tak perlulah nak 'pung pang' lebih2x. Nanti orang mengata, jadi atau tak jadi orang tetap akan berkata. Kadang-kadang baik diam dari berbicara. Biasalah itu lumrah manusia.


Cuma bila kita berkawan, banyak mengajar saya erti hidup. Saya tertarik dengan kata-kata Oprah. Berkawan dengan mereka yang mampu menaikkan motivasi kita. Alhamdullilah, saya mempunyai kawan-kawan seperti mereka. Syukur Ya Allah....

Namun saya tetap bersyukur kerana ditemukan...


dengan mereka yang seperti di atas. Walaupun yang kadang-kadang tidak disangka mereka antara kalangan kawan-kawan rapat tapi memberikan impak yang sedikit negatif terhadap motivasi kita, namun ianya juga satu pengalaman dalam hidup. Terima kasih...terima kasih tidak kira samaada kata-kata anda sekalian bermaksud untuk menaikkan semangat atau menjatuh semangat saya. Kerana saya dapat belajar dan belajar.....asam garam kehidupan. Alhamdullilah....


Cuma sedikit terkilan dan berdoa agar bangsa Melayu ini tidak menyimpan perasaan PHD (perasaan hasad dengki) antara satu sama lain. Tidak cuba menarik jatuh bangsa sendiri dari maju ke hadapan atau terkenal dengan nama jolokan "Ketam Melayu". Banyak terjadi tak kira dimana-mana, dan yang paling biasa kalau berniaga kedai sebelah menyebelah. Tak perlu saya cerita banyak, anda pun dah lazim maklum. Tidak salah untuk cemburu dengan kejayaan orang lain asalkan ia menjadi dorongan untuk kita mencapai cita-cita. Selalu teringat kata-kata Mak saya: " Kalau orang lain boleh buat, awak pun boleh buat". Biarlah cemburu itu membawa kita ke jalan yang positif dan bukan negatif. Waallahu'alam.....


6 comments:

azizi said...

"Kalau kau nak buat research, universiti kat Malaysia bukan research university, grant projek pun tak banyak"
- rasanya orang yang cakap macam tu mungkin tak pernah kemaskini pengetahuan dia tentang perkembangan penyelidikan di universit2 tempatan.
Geran terlalu banyak cuma tak ada kepakaran masih kurang.

You will fill the gap!. All the best. All i can say is - doing a PhD is a love-hate relationship. :-) ...... but knowing you, i know you will enjoy the process.

AkaZukii ChaCha said...

truly inspirational...alhamdulillah dilla kau da berjaya genggam ijazah sarjana...itu bukan pengakhiran tetapi permulaan kepada banyak lembaran baru yang insyaAllah lebih baik ...aku tumpang berbangga ada kawan yang berjaya cam kau..:) semoga dilimpahi rezeki & menempa kejayaan seterusnya...

Lady Qay said...

kalau kita mcri ilmu utk mcri redha Allah, insyAllah dia akan mudahkan semua urusan dan luaskan rezeki ko...kan?

apapun, all the best Dila, gonna miss u jauh for another 4 years?huhuh

zlee said...

i was about to say same thing like in the first comment.. ada butang "like" tak mcm kt fesbuk.

Btw... yeahh, welkam to the "prolonged haywiring degree" program... hahhahaha.... U gonna do great, InsyaAllah

zlee said...

i was about to say same thing like in the first comment.. ada butang "like" tak mcm kt fesbuk.

Btw... yeahh, welkam to the "prolonged haywiring degree" program... hahhahaha.... U gonna do great, InsyaAllah

Hisiq said...

Azizi- terima kasih atas sokongan yang diberikan sejak dulu lagi dan tak pernah putus menaikkan semangat kawan2 disekeliling. Tahniah bakal graduate Disember ini. All the best in your future too!

Aishah- terima kasih sahabat atas kata-kata semangat. Memang benar, ianya satu permulaan kepada lembaran baru...moga kau juga atas terus berjaya dalam apa jua bidang yang dicita-cita dan dimurahkan rezeki...

Qay- insyaAllah mudahan mendapat keredhaan Allah dalam meneruskan perjuangan mencari ilmu...
Walaupun jauh beribu batu, insyaAllah walaupun sepi disini, namun perkembangan ko tetap aku ikuti dari jauh...

Azleena-butang like takde tapi mmg semua komen penaik semangat yang hebat...terima kasih, insyaAllah moga perjalanan phd ini dipermudahkan amin. All the best to you too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...