Pages

Saturday, October 15, 2011

Selangkah ke Tanah Suci

Alhamdullilah.....akhirnya impian Mak mertua untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci akhirnya tercapai. Syukur kerana dikurniakan rezeki oleh Allah. Tidak bersendirian, pemergian Mama diiringi Pak Long, Mak Long, Pak Anjang dan Mak Anjang. Selamat berlepas jam 1.00 pagi, 15 Oktober 2011.

Mama ketika urusan di Tabung Haji

Ahli keluarga berkumpul beramai-ramai menghantar bakal-bakal haji ke Tabung Haji Kelana Jaya. Sedikit sedih kami tidak dapat bersama, namun doa kami tetap mengiringi mereka. 

Mama, Mak Long dan Mak Anjang

Baru sekerat tulis blog sebab perlu menyelesaikan hal-hal hari sabtu; kemas rumah, ke pasar dll. Tergendala sekejap. Baru hendak menyambung, ternampak keratan akhbar berkenaan rombongan haji Mama dan keluarga tersiar di akhbar yang di upload oleh Abg Pali (anak sulung Pak Long & Mak Long).


Alhamdullilah, semoga impian yang disimpan sejak 20 tahun bakal terlaksana. Di saat ini, mereka telah pun menjejakkan kaki di tanah suci. SubnaAllah....insyaAllah moga ibadah mereka diterima-Nya, mendapat haji mabrur dan selamat pergi dan kembali. Aminn....

Walaupun jauh, doa kami tetap mengiringi....




p/s Terima kasih abang Pali atas ihsan gambar-gambar di FB.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...