Alhamdullilah…Ramadhan datang kembali. Syukur dipanjangkan umur untuk menikmati bulan yang mulia ini. Bulan penuh keberkatan. Seperti 4 tahun yang lalu, Ramadhan kali ini tetap di perantauan. Tanpa suami dan keluarga namun syukur, Alhamdullilah tahun ini tidak bersendirian. Sepanjang 4 tahun diperantauan, Ramadhan kali ini disambut agak meriah dengan rakan-rakan serumah dan rakan senegara yang bermastautin di bumi Rotterdam, Belanda.
Namun, terkenang suami yang di kini bertugas di lautan luas. Moga berada dalam keadaan selamat, dilindungi Allah dan diberikan keberkatan mencari rezeki di bumi Allah yang luas ini. Walau hati terasa sayu tidak dapat bersama, namun hati tetap bersabar untuk bersama semula. 20 hari lagi setelah hampir 4 bulan terpisah, ianya pasti akan tiba. Sememangnya rindu untuk solat berjemaah bersama suami tersayang, apa lagi untuk berjemaah bertarawih. InsyaAllah janji Allah pasti akan tiba.
Semoga kami berdua selamat sampai di bumi Malaysia dan suami dapat turun ke darat tanggal 23 Ogos nanti. Alhamdullilah syukur sekali lagi Ya Allah kerana diberikan peluang untuk pulang menyambut Ramadhan bersama keluarga tercinta di tanahair. Seterusnya Aidilfitri yang indah terutama bersama suami tersayang dan kaum keluarga. Sungguh hati tidak sabar menunggu saat itu tiba.
Marilah sama-sama kita mengejar bulan kebaikan dan pengampunan yang dikurniakan kepada kita.
MashaAllah, Ya Allah…berikanlah rezeki umur yang panjang, kesihatan yang baik, peluang masa dan kudrat untuk mengerjakan ibadah dibulan yang mulia ini.

2 comments:
dila, just nak inform...yang pasal fadilat terawikh tuh kan, itu adalah hadis palsu...bru2 ni ada crmh agama di sini , ustaz tu bgtau itu semua hadis palsu.jdi ko buang la eh drpd post ko...if nak lbih jelas baca kat portal jakim..ada citer...slmt berpuasaaaaaaaaaaaa
thanks qay...tp lama dh kite baca psl fadilat tu kan? dr zmn sekolah lg aku igt..anyway good to know!
Post a Comment