Sesuailah dengan tajuk post hari ni. Memanglah happy! Alhamdullilah dah 3 hari 2 malam selamat tiba di bumi tercinta. Walaupun kepulangan tidak disambut suami tersayang, namun keluarga tercinta menanti dengan sabar kepulanganku ke tanah air ;)
Cepat sungguh masa berlalu...dah nak habis seminggu cuti. 3 hari di M'sia dah pelbagai makanan yang diidamkan dapat di rasa ;). Dari Yong Tau Fu, Popiah basah, Ikan keli masak berlada, Mee Bandung, Kueh Tiaw goreng, dan yang pasti masakan Mak tersayang. Cakap jelah nak makan apa....pasti dpt merasa. Orang jauh lah katakan ;)...Gambar takde lah ye nak tunjuk kat sini. Tak sempat klik dan 'attack!'. Yang paling terharu, Mak simpankan durian yang berbuah kat belakang rumah. Sedap gilerrr....dan macam pokok durian tu tau-tau je org jauh balik, semalam sebijik buah terakhir jatuh! Adelah gak rezeki anak rantau sorang ni ye. (Gambar ade amik, nantilah upload)
Hari ni dan semalam sempat juga menghantar barang-brang yang di order dari customer. Lega hati dah selamat menghantar barang2x. Mereka pun nampaknya happy! Hai akak pun happy dapat memuaskan hati pelanggan. Sempat jugak berjumpa 2 bestie-frens-forever berbuka puasa hari ni...Rindu sgt dengan the girls ;). Tapi tak dpt nak spend lama sgt sebab dtg dgn family and the baby. But next time, sure kita gather again okey ;)
TQ Cik Nini sebab upload gambar dengan cukup pantas sekali ;). Juga sebab dtg mlm ni dgn rushingnya bersama Cik Ros. Luv u girlsss!
Sempatlah juga shopping untuk baju raya tahun ni. 3 pasang baju akak sambar okey...semua nak yang vogue2...tak leh kalahhh...hahahha takdelah biasa2 aje. Tapi takle tunjuk sekarang la....nnt tak surprise plak raya. Tunggulah akak post posing2 di hari raya pulak ye ;).
Apepun, hari ni dapat email yang encik suami akan pulang hari Sabtu. InsyaAllah kalau takde lagi plan yang asiklah bertukar. Adelah 4-5 kali plan dia nak turun kapal tergendala....Akak pun dah pasrah. Malas nak berharap...dah bagitau encik suami kalau dah confirm jejak darat, dan dah dapat tiket flight turun KLIA barulah confirm dengan akak....Nanti akak harap menggunung, tapi keciwa..
Doa, harap2 encik suami dapat pulang beraya bersama tahun ni..InsyaAllah...
Oklah, nanti sambung bila ade masa dan mood lagi ye....

No comments:
Post a Comment