Pages

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu : Haramkah?

Hari ini ramai ibu-ibu yang tersenyum. Kerana bagi yang menyambutnya, hati mereka pasti berbunga-bunga.

Keluarga saya tak terlepas dari menyambut semua keraian yang ada. Termasuk setiap hari lahir ahli keluarga tak kira umur dan bilangannya. Kalau 5/6 orang menyambut hari lahir pada bulan tersebut, tidak dinafikan, 5-6 buah kek pasti terhidang :). Sangat meriah dikurniakan keluarga yang besar, bila berkumpul meriah seperti'parti besar' bersama adik beradik, ipar-duai dan anak buah. Selain hari lahir, dan sambutan anniversary Mak&Abah yang menjadi agenda penting setiap tahun, Hari Ibu juga tidak terkecuali.

Setelah hampir 3 dekad hidup di dunia ini, mungkin 2 dekad yang lalu saya sudah mengenali apa itu 'Hari Ibu'. Namun baru akhir-akhir ini, terdengar ustaz dan alim ulama mengatakan sambutan hari tersebut adalah 'haram' Apakah berdosa selama hari ini kami sekeluarga menyambutnya?

Dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa mencari peluang untuk berkumpul, keraian seperti ini adalah antara hari yang tidak ketinggalan untuk disambut. Walaupun dengan sepotong kek, sekuntum bunga, kad atau hadiah, saya yakin hati ibu mana yang tidak tersentuh dan gembira melihat anak cucu berkumpul bersama menghargai kehadirannya.

Tidak dinafikan kita boleh menunjukkan kasih sayang kepada orang tua bila-bila masa dan itu sebaiknya. Tetapi hari penting seperti hari lahir, ulangtahun perkahwinan mereka dan hari ibu/bapa bukanlah hadir setiap hari. Di hari-hari tersebut, mereka lebih rasa istimewa dan dihargai. Kalau layanan 1st class itu datangnya setiap hari, maka sudah tidak ada istimewanya dan bezanya untuk hari esok dan lusa atau akan datang.

Cuma luahan rasa kerana bagi saya, setiap anak yang menyambutnya, niatnya hanya satu. Yang tidak ada kena mengena dengan asal-usul sejarah hari ibu tersebut. Dan langsung tidak tahu menahu akan penyebab ia menjadi 'haram' hukumnya. Niatnya satu: suci dan murni. Meluahkan rasa kasih, mendoakan dan cuba membahagiakan hati seorang insan bernama ibu. Dan berapa ramaikah wanita yang bergelar ibu itu yang tidak tersenyum, tersentuh, terharu dan gembira pada hari ini bilamana anaknya cuba menunjukkan rasa kasihnya pada mereka?

Adakah niat ikhlas untuk mengembirakan hati orang tua itu boleh jatuh 'haram' jika tidak tidak punya niat lain bila selain dihari itu kita hanya mahu membahagiakan mereka?

Ibu, engkau tetap ratu hatiku...

Luahan rasa anak rantau dan bakal seorang ibu,
Bumi Sweden

2 comments:

Ayu said...

Setuju dengan Kak Dilla. Nicely written! Mak mana yang tak kembang, bahagia hatinya bila diraikan oleh anak2 :)

Hisiq said...

Ayu,

Betulkan, yang penting niat kita. Dan yang utama, Mak kita bahagia ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...