Pernah dengar orang cakap macam tu kan? Tak taula betul ke tak…tapi dalam kes saya ni, memang macam tulah. Bukan apply kat semua kes ye ;). Dalam kes suami mencari rezeki, terpaksa tinggalkan isteri tu tanda sayanglah kan….ingat senang ke duduk jejauh ni…Meh sini akak tanya, berapa lama suami awak semua pi outstation? Paling lama? Rindu tak? Kes akak ni makan bulan, bukan minggu lagi…
Tapi dulu lain sekarang lain. Dah masuk 11 tahun PJJ (perhubungan jarak jauh) termasuk sebelum dan selepas kahwin, akhirnya kami dapatlah juga hidup normal macam suami isteri yang lain. Hampir 7 bulan kami berduaan jer…24/7…akhirnya tiba masa encik suami keluar mencari rezeki. Bab 7 bulan tu termasuk cuti offshore dia 4 bulan, 2 bulan amik cuti official untuk perabih saki baki leave dan last sekali sebulan menganggur. Kalau dulu bila dia naik job sure 4-5 bulan tak jumpa. Yelah akak kerja kat Holland, encik suami kerja based kat Malaysia (serata laut). Tapi sekarang SEBULAN aje. Yahoo!
Sebulan tu pun klau ikut lama, tapi 30 hari pejam celik pejam celik….untuk orang yang biasa PJJ ni kire pendek lah…Alhamdullilah, encik suami selamat berlepas semalam. Dari Copenhagen airport ke Vigra Alesund airport, Norway. Kapal kini berada di Vigra port dan dijangka berlayar 3 hari lagi. Projek di jangka sampai akhir tahun. Rotation 4x on/ 4x off. So dah make sure schedule encik suami dapat balik time baby nak keluar nanti ;).
Kapal encik suami dari live ship maps. Kedudukan sekarang: Vigra, Norway.
Asik citer pasal encik suami kan…yang si bini ni macam mana? Hmm…tipulah kalau tak sedih, tapi nak buat macam mana? Kalau encik suami boleh berkorban sampai give up permanent job yang dah 5 tahun kat Malaysia, takkanlah tak boleh nak sabar untuk sebulan kan? Syukur, ini rezeki. Setiap pengorbanan pasti akan ada rewardnya…Ayah pergi kerja cari rezeki untuk bakal baby yang akan lahir. Apepun, mommy-to-be and baby dalam keadaan sihat, okay, emosi setakat ni masih stabil. Rindu? Hmm…tak terluah, walaupun baru sehari.
Rutin hari-hari dah berubah. Tak macam dulu. Kalau dulu, encik suami banyak take over kerja-kerja rumah. Memang tip top house husband! Jom tengok list:
Hubby punya kerja kat rumah bila cuti:
- Laundry work/ Sidai baju
- Lipat baju
- Sapu/vaccum rumah
- Bersihkan dapur tiap kali lepas masak
- Cuci pinggan mangkuk walaupun dishwasher ada ;P
- Shopping groceries
- Fix segala electrical appliances yang ada kat rumah.
- Thaw lauk2 frozen sebelum akak balik kerja
- Potong sayur siap2 bersama bawang-bawang nya….
- Masak nasi
- Siapkan breakfast – roti bakar dan air koko panas2x..
- Dah siapkan tapau makanan akak nak bawak bekal pi kerja.
Wife punya tugas:
- Kemas baju yang dah siap lipat dalam almari.
- Balik kerja masak itu pun semua dah siap ready
- Makan dan teman suami makan
Hmm… ape lagi eh…haha macam takde. Nampak sangat semua encik suami yang buat. Alhamdullilah, untung badan. Sehari sebelum berlepas, encik suami siap tanya apa nak buat lagi. Nak blend cili kering buat stock ke? Alahai sweetnya, sekali dengan bebawang siap dikupas untuk si isteri yang malas, yang busy balik kerja penat ;)
Sekarang memang hanya perlu adjust rutin semula as lone ranger mommy-to-be...But alhamdullilah, so far so good. We can do it baby!


2 comments:
salam kenal dr brunei bt perantau dr malaysia...huhu!!!bila baca bab PJJ ni mmg xleh bayang gak dulu selalu kena tinggal. baru nak hangat2 tahi ayam hubungan tu, alih2 kena tinggal lg.....tapi tu citer lama kami, alhamdulilah skrg dah settle down. semoga u al kekal btahan :)
Salam perkenalan untuk kak ros juga!
Terima kasih sudi menjenguk!
PJJ memang satu pengalamn sukar nak digambarkan...perit & manis at the same time.
Hari ni genap 11 tahun PJJ. InsyaAllah, mudaham satu hari dpt settle down macam akak juge ;)
Post a Comment