Pages

Sunday, January 01, 2012

Lembaran baru 2012


Selamat membuka lembaran baru 2012. Rasanya semua sudah menanam azam dan resolusi baru sempena tahun. Apa jua yang kita hajat dan inginkan, mudah-mudahan terlaksana. Namun jangan hanya berangan dan berimpian, sertakan dengan usaha dan kerja keras seterusnya bertawakal kepada Allah.

Bagi saya, jarang menetapkan azam atau resolusi yang spesifik. Selalunya cuma target untuk jangka masa pendek dan panjang. Cuma berharap tahun baru ini memberikan saya semangat untuk memulakan perjuangan PhD yang masih terlalu muda dengan lebih tabah dan dipermudahkan.....Amin.

Yang penting, jangan pandang ke belakang, belajar dari kesilapan, rebut semangat dari kejayaan yang lepas dan majulah setapak dan terus melangkah....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...