Pages

Monday, September 12, 2011

"Bermula dengan baik, berakhir juga dengan baik"

Itulah harapan saya. Dan itulah antara kata-kata terakhir saya bila menghulurkan surat perletakan jawatan kepada pihak atasan. Dengan mata yang sudah bergenang, penuh sebak dan suara tersekat-sekat, saya mula melangkah meninggalkan sebuah company setelah 6 tahun 6 bulan memberikan khidmat. Sayu hati namun kaki tetap melangkah kerana hidup perlu diteruskan. Keputusan sudah di tangan dan tiada lagi toleh ke belakang. InsyaAllah moga jalan yang dipilih ini di redhai Allah...

Bermula dengan Golden Hope yang kini dikenali sebagai Sime Darby selepas merging. Allhamdullilah, selama lebih 6 tahun ini, banyak pengalaman pahit manis yang telah dikumpul. Pengalaman bekerjasama dengan 'workaholic' di negara Matahari terbit dan diberi peluang untuk belajar dan bekerja di negara yang penuh dengan kincir angin selama hampir 4 tahun antara 'experience' paling mahal dan berharga dalam hidup.

Namun, rezeki bersama Sime Darby sampai takat ini. Bukan tidak mengenang jasa dan 'investment' yang telah disalurkan untuk menjadi pelapis penyelidik di R&D. Terkadang, peluang yang hadir  perlu dipertimbangkan kerana ianya hadir mungkin datang hanya sekali dalam hidup. Bukan senang membuat keputusan dan segala aspek perlu di fikir terutama tentang suami, keluarga, karier dan masa hadapan. 

Nak masuk part luahan perasaan pulak ni. Sedikit kesal dengan layanan Sime Darby Unimills, NL selepas resign yang baru je confirm hari ini, bermula dengan email yang di block, juga access dekstop dan access untuk entrance masuk ke office!! Belum pun masuk bekerja kerana masih bercuti di tanahair, email company antara yang paling penting untuk urusan sekarang. Access password dekstop pun kena block dan yang pasti, tak boleh access semua komputer di seluruh antero office di Belanda. Yang paling best, masuk pun tak boleh sebab access card kena BAN! Kena tunggu diluar tempat guard, sampai ada orang ambil masuk. No more free access with your own access card! Walaupun masih ada notis 3 bulan, tapi dah layan macam orang luar, kalau dan habis notice period takpalah juga. Rasanya masih kena kerja lagi, tapi ini dikatakan procedure yang dijalankan tiap kali sebelum jumpa dengan tuan badan yang nak resign (sayalah tuh!). Alasan, selagi tak jumpa untuk berbincang macam mana pindahkan segala maklumat dan data, tak boleh access semua yang telah di block! Macam takut sangat lah saya pi curik segala maklumat depa tuh! Saya pun belum balik sana lagi. Nak suruh pindah data bagi depa, data semua dalam dekstop yang tak boleh access tuh. Macam mana nak bagi depa? Kalut sangattttt! 

Kes kedua, nak pi conference EuroFat Lipids yang telah diluluskan bulan Julai tempoh hari. Conference pun saya bayar sendiri sebab nak dapat student rate (since saya masih MSc student lagi). Alih-alih lepas resign,  boss cakap tak tau, langsung tak discuss dan minta approval. Nak pi kena amik annual leave sebab company tak tahu menahu dan tanggung semua sendiri. Lepas bagi ingatan dia pulih kembali dengan saksi2 yang ada di office tu, barulah boss senyap terdiam dan tiada isu berbangkit lagi. Takpalah, kalau taknak bayar pun conference fee tu, saya bayar sendiri dan pergi dengan annual leave pun takpa, takda nak rugi sebab ilmu itu tetap saya yang dapat. Cuma....for this giant company....


One sentence: Very lame and very unprofessional!

Walaupun saya sudah berniat "Bermula dengan baik, dan berakhir juga dengan baik", namun sudah mula kelihatan unsur-unsur yang hadir untuk membuat hidup saya 'miserable' di saat akhir 3 bulan perkhidmatan saya. Tak ada niat nak tinggalkan projek-projek saya terbengkalai tanpa pelapisnya. Tak ada niat nak lari dari tanggungjawab dan tak ada niat menyimpan ilmu di dada tanpa dikongsi bersama teman sekerja yang ada. Kerana ilmu yang dikongsikan itu lebih bermanfaat dan berkat. InsyaAllah...itu janji saya...


Berbekalkan sokongan dari suami dan keluarga, keputusan nekad ini bukanlah semudah yang disangkakan. InsyaAllah, mudahan keputusan untuk membayar kembali biasiswa Master yang diterima dari Yayasan Sime Darby adalah keputusan yang tepat. Doakan segalanya berjalan lancar dan urusan dipermudahkanNYA. Mudahan....amin...


1 comment:

FaznFaz said...

hi his,

hehehhe!!! 1st time komen kat blog ko.... tak yah dok risau laaa... iAllah, ada rezeki Allah bagi nanti...

dulu, perasaan bercampur baur gak pasal berenti keje bagai, tapi sekarang Alhamdulillah, walaupun keje ngan company kecik ngan gaji yg tak berapa besar, yg penting happy n dapat spend time ngan anak...

gud luck to u, n kem salam kat iqbal....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...