Hari ini saya nak cerita tentang Kak Long saya. Kalau sebut kak long pasti semua orang dah tahu tentunya anak sulung dalam keluarga. Saya selalu panggil kak long, Kak Ima. Tapi panggilan Kak Long melekat selepas anak-anak buah memanggil beliau Mak Long ;)
Kenapa saya nak bercerita tentang Kak Long? Sempena 8 Februari, hari istimewa dan hari lahir Kak Long, dari kejauhan saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 35. Semoga Kak Long dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Pendek kata bahagia didunia dan diakhirat. Aminnn....
Sempena hari lahir Kak Long, mungkin serba sedikit kisah hidupnya yang terkesan dalam jiwa saya. Kak Long seorang yang garang. Sehingga sekarang terkenal dengan kegarangannya ;). Semasa kecil, kalau Kak Long mengajar mengaji Al-Quran, pasti air mata meleleh dengan kegarangannya. Namun, kalau tidak kegarangan Kak Long dan ustaz yang mengajar mengaji, tidaklah kami adik beradik khatam Al-Quran sekurangnya sekali sebelum tamat sekolah. Anak sulung yang mempunyai adik-adik yang kecil dan ramai pastinya memikul serba sedikit tanggungjawab untuk membimbing adik-adik. Terima kasih Kak Long, jasa Kak Long mengajar saya serba sedikit membentuk saya menjadi 'orang' seperti hari ini.
Bila duduk di asrama, Kak Long dan Kak Ngah antara yang rajin menjemput dan menghantar pulang dari Banting-KL dan KL-Banting. Terutama sekali, ketika di tingaktan 1 dan 2, sesi persekolahan petang dan pastinya malam Jumaat masing-masing mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Yang pasti Kak Long akan singgah di restoran kegemaran saya untuk menikmati tom yam panas, nasi dan telur dadar. Hidangan yang menjadi kemestian setiap kali perjalanan pulang dari asrama di restoran berdekatan Telok Panglina Garang. Yang pasti Kak Long belanja! Memori zaman sekolah yang masih kukuh dalam ingatan.. Ketika itu, Kak Long masih bujang, dan selalu ditemani Abg Ly, suami Kak Long kini ;)
Kak Long mempunyai 2 anak, sepasang lelaki dan perempuan. Masing-masing berumur 8 dan 13 tahun. Sudah besar belaka! Kini Kak Long memiliki butik Crisma Andaman dan karier yang diminatinya sebagai make-up artist atau Mak Andam. Mempunyai pengalaman yang luas dari segi andaman dan perihal pengantin. Berbakat besar dan tetap masih mahu belajar untuk meningkatkan potensi diri. InsyaAllah Kak Long, pasti boleh! Doa saya moga Kak Long berjaya mencapai impian yang dicita-citakan. Memiliki butik yang hebat dan dikenali suatu hari nanti! Teruskan usaha dan jangan sekali menyerah kalah.Kejayaan adalah pasti untuk mereka yang sabar dan kuat semangat! All the best Kak Long! May every dream you wish will come true ;)
Mungkin tiada hadiah yang sempat diposkan dari bumi Belanda ini, namun tanda ingatan dan doa moga Kak Long sentiasa dirahmati, diberkati Allah dalam hidup di dunia dan akhirat....




No comments:
Post a Comment