Apa nak cerita tentang post kali ini? Hmm...yang pasti hari ini memang penat! Tapi hati rasa puas hati dengan perkembangan kerja-kerja lab. Pejam celik pejam celik dah masuk 2 bulan setengah thesis bermula. Bermakna kurang dari 4 bulan lagi thesis akan berakhir. Juga bakal berakhirnya zaman universiti. Cepatnya!
Walaupun tak faham dengan kerja-kerja lab ku namun yang pasti si dia tetap memberikan dorongan dan kekuatan dari jauh. InsyaAllah, katanya sedikit sahaja lagi cabaran yang perlu aku lalui. Benar, bila berfikir telah jauh aku melangkah, sedikit lagi ke garisan penamat. Walaupun sakit, perit dan besarnya cabaran yang aku lalui selama ini sendirian, aku pasti dengan izin dari-Nya, aku mampu menghadapi sedikit lagi ujian hidup ini. Terima kasih suamiku, terima kasih keluarga tersayang dan jua rakan-rakanku yang banyak memberi kekuatan, ketenangan hati dan jiwa untuk aku terus menjalani hidup sendirian di rantauan orang.
Menyentuh tentang kerja thesis, aku sertakan gambar bangunan universiti tempat aku menghabiskan sedikit lagi pengajianku. Tempat yang bakal menjadi kenangan tidak lama lagi. Aku pasti akan cuba mengambil gambar bila teringat kerana suatu hari nanti aku akan merindui tempat ini.
Sampai di sini, esok hari baru akan menjelma. Moga esok dapat lagi mendengar suara encik suami!
Salam dari rantauan ;)
No comments:
Post a Comment